Mat Rempit Maut Di Langgar Bas

Mat Rempit Maut Di Langgar Bas - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mat Rempit Maut Di Langgar Bas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mat Rempit Maut Di Langgar Bas
link : Mat Rempit Maut Di Langgar Bas

Baca juga


Mat Rempit Maut Di Langgar Bas

KUALA TERENGGANU – Seorang remaja lelaki dipercayai mat rempit maut selepas motosikal yang ditunggainya dirempuh sebuah bas ekspres di KM120, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kemanan, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11.45 malam, mangsa, Ahmad Suhrawardi Yusoff Thani, 16, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim berkata bas ekpres berkenaan membawa 22 penumpang dan seorang pemandu gantian dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menuju ke Johor.

Namun ketika tiba di lokasi nahas, sekumpulan remaja bermotosikal termasuk mangsa yang berada di tepi  jalan  telah  keluar secara  beramai-ramai  dan masuk ke laluan bas tersebut.

Pemandu bas yang berusia 66 tahun itu cuba mengelak  namun terlanggar motosikal yang ditunggang mangsa lalu  terbabas ke dalam  longkang  besar  di kanan  jalan, katanya.

Beliau berkata dua penumpang bas mengalami kecederaan ringan.

Beliau berkata mayat mangsa, yang berasal dari Kemaman, dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat manakala penumpang bas yang cedera turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Mohd Said berkata pihaknya akan mengenakan tindakan terhadap pemilik motosikal yang ditunggangi mangsa.

Katanya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu membenarkan mereka yang tidak mempunyai lesen dan cukai jalan menunggang motosikal di atas jalan raya.

“Kita telah mengenal pasti pemilik motosikal berkenaan dan tindakan akan dikenakan kerana membenarkan mangsa menunggang motosikal tanpa mempunyai lesen yang sah,”katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mat Rempit Maut Di Langgar Bas

Sekianlah artikel Mat Rempit Maut Di Langgar Bas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mat Rempit Maut Di Langgar Bas dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/mat-rempit-maut-di-langgar-bas.html

Subscribe to receive free email updates: