Malaysia atasi Myanmar 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa

Malaysia atasi Myanmar 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia atasi Myanmar 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia atasi Myanmar 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa
link : Malaysia atasi Myanmar 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa

Baca juga


Malaysia atasi Myanmar 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa

SHAH ALAM: Skuad bola sepak Bawah 22 (B-22) negara mencatat kemenangan 2-0 ke atas skuad B-22 Myanmar pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pada aksi berkenaan, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan berhati-hati sebaik sahaja pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed memulakan perlawanan namun Malaysia berada di hadapan menerusi tandukan N. Thanabalan pada minit ke-26 hasil sepakan percuma Muhd Syazwan Andik Mohd Ishak.

Nagor kemudian memutuskan untuk memberhentikan perlawanan pada minit ke-37 selepas beberapa kepingan atap genting stadium berterbangan masuk ke dalam kawasan padang sebelum kembali disambung pada minit ke-42.

Skuad muda negara kendalian Datuk Ong Kim Swee hampir menggandakan jaringan namun percubaan Muhd Jafri Muhd Firdaus Chew, selang seminit kemudian gagal menepati sasaran walaupun penyerang Pulau Pinang itu hanya berdepan dengan penjaga gol Myanmar, Phone Thitsar Min.

Keputusan 1-0 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama perlawanan.

Hujan lebat yang turun sebelum bermulanya babak kedua perlawanan sedikit sebanyak menjejaskan rentak perlawanan kedua-dua pasukan namun ia tidak menghalang kerancakan perlawanan yang disaksikan lebih 5,500 penyokong.

Kim Swee kemudian melakukan lapan pertukaran dan ia membawa hasil apabila pemain gantian, Muhammad Danial Ashraf Abdullah menjaringkan gol kedua untuk skuad muda negara pada minit ke-86 selepas berlaku keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol pasukan Myanmar.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Malaysia atasi Myanmar 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa

Sekianlah artikel Malaysia atasi Myanmar 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia atasi Myanmar 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/malaysia-atasi-myanmar-2-0-pada-aksi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :