Gadis meninggal dunia tiada unsur jenayah

Gadis meninggal dunia tiada unsur jenayah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gadis meninggal dunia tiada unsur jenayah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gadis meninggal dunia tiada unsur jenayah
link : Gadis meninggal dunia tiada unsur jenayah

Baca juga


Gadis meninggal dunia tiada unsur jenayah

Polis mengesahkan gadis yang meninggal dunia di sebuah pasaraya di Bahau tengahari tadi tiada unsur jenayah selain tidak mempunyai rekod penyakit serius.

Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Muhd Nur Hishamudin Hashim berkata, gadis berusia 18 tahun itu dikenali sebagai Amiratul Hakimah Ismail beralamat terakhir di Kampung Kasau, Batu Kikir.

“Berdasarkan siasatan awal, gadis itu bersama rakannya ke lokasi untuk mencari pekerjaan dan dihantar oleh ibu bapanya.

“Sementara  menunggu, ibu bapanya ke lokasi lain sebelum menjemput kembali anaknya itu. Selepas selesai urusan lebih kurang jam 12.15 tengahari mereka bergerak ke luar pasaraya, namun gadis tersebut rebah.

“Rakannya membawanya duduk di kerusi panjang di hadapan pasaraya berkenaan, namun keadaannya semakin serius sebelum tidak sedarkan diri,” katanya mengesahkan laporan, sebentar tadi.

Muhd Nur Hishamudin berkata, salah seorang pengunjung di pasaraya itu kemudiannya menghubungi ambulans, namun pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan gadis itu telah meninggal dunia.

“Hasil siasatan awal, gadis ini tidak mempunyai sebarang rekod perubatan penyakit serius selain hanya mengalami gastrik.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut susulan tiada unsur jenayah dan kes diserahkan kepada Hospital Jempol untuk urusan seterusnya sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk proses pengebumian,” katanya.

The post Gadis meninggal dunia tiada unsur jenayah appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Gadis meninggal dunia tiada unsur jenayah

Sekianlah artikel Gadis meninggal dunia tiada unsur jenayah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gadis meninggal dunia tiada unsur jenayah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/gadis-meninggal-dunia-tiada-unsur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :