Malaysia Komited Pertahankan Makkah, Madinah

Malaysia Komited Pertahankan Makkah, Madinah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia Komited Pertahankan Makkah, Madinah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia Komited Pertahankan Makkah, Madinah
link : Malaysia Komited Pertahankan Makkah, Madinah

Baca juga


Malaysia Komited Pertahankan Makkah, Madinah

KUALA LUMPUR – Malaysia akan bersama-sama kerajaan Arab Saudi untuk mempertahankan kesucian dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah, daripada sebarang ancaman pengganas.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ini berikutan serangan peluru berpandu ke atas negara itu yang dilancarkan oleh puak Houthi Yaman pada Khamis lalu.

“Pendirian Malaysia mengenai keselamatan dan kestabilan di Arab Saudi adalah jelas, lebih-lebih lagi bersama-sama mereka dalam mempertahankan dua kota suci, Makkah dan Madinah daripada ancaman pengganas.

“Perancangan yang rapi dalam usaha menyelesaikan konfilik ini perlu diteruskan khususnya ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah Haji,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO bahagian Bandar Tun Razak, hari ini.

Hishamuddin yang juga Menteri Tugas-tugas Khas berkata beliau semalam telah berhubung dengan Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Bin Salman bagi berkongsi maklumat mengenai serangan itu.

“Alhamdulillah, hubungan Malaysia dengan negara-negara Teluk cukup rapat dan mereka tidak berkeberatan untuk berkongsi maklumat secara terperinci,” katanya.

Pasukan keselamatan Arab Saudi pada Khamis (27 Julai) memintas sebuah peluru berpandu balistik, dikenali sebagai ‘Burkan-1’, yang disasarkan 69 kilometer dari Makkah di kawasan Al-Wasliya di Wilayah Yaif.

Menurut  laporan media antarabangsa, puak Houthi pada Jumaat mengesahkan melancarkan peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi, namun berkata serangan itu disasarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, lapangan terbang paling sibuk di negara itu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat serangan tersebut.

Wisma Putra dalam satu kenyataan mengutuk serangan berpandu ke atas Arab Saudi itu dan menyifatkan perbuatan keji yang dilancarkan oleh puak Houthi Yaman itu boleh mengancam keselamatan jemaah haji. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Malaysia Komited Pertahankan Makkah, Madinah

Sekianlah artikel Malaysia Komited Pertahankan Makkah, Madinah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia Komited Pertahankan Makkah, Madinah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/malaysia-komited-pertahankan-makkah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :