Melampau Lihat Sendiri Makhluk Biadab Ini Hina Agong Kita Mereka Wajib Terima Hukuman Berat

Melampau Lihat Sendiri Makhluk Biadab Ini Hina Agong Kita Mereka Wajib Terima Hukuman Berat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Melampau Lihat Sendiri Makhluk Biadab Ini Hina Agong Kita Mereka Wajib Terima Hukuman Berat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Melampau Lihat Sendiri Makhluk Biadab Ini Hina Agong Kita Mereka Wajib Terima Hukuman Berat
link : Melampau Lihat Sendiri Makhluk Biadab Ini Hina Agong Kita Mereka Wajib Terima Hukuman Berat

Baca juga


Melampau Lihat Sendiri Makhluk Biadab Ini Hina Agong Kita Mereka Wajib Terima Hukuman Berat

19894827_1404877706216053_85261267329053

Lihat dan nilai sendiri, kalau anda yang jadi agong dan anda yang dihina apa yang anda buat?

memang biadab seolah- olah mak bapak tak ajar apa itu adab

Kalau macamni gaya lah rakyat di zaman Kesultanan Melayu Melaka konfem kepala mereka ni akan tercabut dari badan dah, kalau raja-raja dari dinasti lain pun tak diam diri kalau rakyat depa hina depa zaman dulu-dulu.

Zaman sekarang ni zaman demokrasi yang pentingkan hak asasi manusia jadi hukuman sampai tercabut kepala tu tak ada dah tapi ini antara hukuman yang dah diusulkan kepada kerajaan dalam satu persidangan

________________________________________________________________________________

Gugurkan Kerakyatan Individu Hina Sultan, Raja Cadangan Senator

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) Seorang anggota Dewan Negara mencadangkan supaya kerajaan menggugurkan kerakyatan individu yang menentang dan menghina Sultan atau Raja-Raja Melayu.

Senator Tan Sri Dr Jins Shamsuddin berkata perbuatan itu adalah bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan negara.

Kalau zaman dahulu, sebelum ada mahkamah dan polis, kalau ada orang yang menghina dan menentang Raja akan dihukum pancung, tapi sekarang ini kita tidaklah melaksanakan (hukuman) pancung kerana kita ada undang-undang, mahkamah dan polis.

Oleh itu, saya cadangkan kerajaan gugurkan kerakyatan mereka yang menghina dan menentang Sultan dan Raja-Raja Melayu kerana tidak ada gunanya rakyat yang tidak menghormati pemerintah negara, katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, yang dibentangkan Senator Datuk Azian Osman di Dewan Negara.

Terdahulu, Azian melahirkan perasaan sedih, malu dan amarahnya apabila titah ucapan Tuanku Mizan dipertikaikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebahagian besar Anggota Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Beliau berkata perkara itu berlaku hanya kerana Yang di-Pertuan Agong memuji dan menyifatkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin yang perlu dicontohi.

Lebih memalukan lagi, dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, titah ucapan Tuanku Mizan terpaksa diluluskan dengan (undi) belah bahagi, saya berharap di dalam dewan yang mulia ini tidak akan berlaku perkara ini.

Kita perlu hormat titah ucapan Tuanku kerana ia adalah hak Tuanku, dan jangan merendahkan Tuanku, jika ada deraf daripada mana-mana pihak, Tuanku akan membacanya terlebih dahulu dan jika Tuanku rasa tidak bercanggah, Tuanku akan perkenankan, katanya.

Azian berkata mutakhir ini, Sultan dan Raja-Raja Melayu dilihat kerap mengeluarkan kenyataan berupa peringatan kepada rakyat berdasarkan perkembangan semasa tanah air.

Contohnya, pada 23 Mac lalu, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah meminta rakyat menolak pemimpin yang ditaja oleh pihak luar bagi mengelakkan negara dijajah oleh pihak asing.

Pada 22 April lepas, Sultan Perak Sultan Azlan Shah mengingatkan semua wakil rakyat di negeri itu supaya tidak menghina dan mencemari Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dengan perbuatan yang memalukan.

Baginda turut bertitah agar mana-mana pihak tidak menderhakai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu ketika memberi perkenan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

Pada 23 April lalu, Azian berkata pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah bertitah bahawa kuasa mutlak Raja-Raja Melayu dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu hendaklah terus dipertahankan serta dipatuhi.

Malah baginda mengingatkan bahawa kuasa mutlak Raja-Raja Melayu terhadap kedua-dua perkara itu tidak pernah diserahkan kepada mana-mana pihak lain termasuk ketika penjajahan British dan Jepun, katanya.

Menurut Azian lagi, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan meminta polis mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid sebagai gelanggang politik untuk berkempen pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

BERNAMA

________________________________________________________________________________

Ramai dah yang ditangkap hina dan caci sultan, tapi setakat sekarang depa ni kena denda puluhan ribu. Cadangan diatas ni masih belum diguna lagi, nanti bila dah terlaksana cadangan diatas ni baru puak2 penghina sultan ni kenai langit tu tinggi ka rendah. Pi lah merempat serata ceruk dunia!

Sumber: tambahcheeze

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Melampau Lihat Sendiri Makhluk Biadab Ini Hina Agong Kita Mereka Wajib Terima Hukuman Berat

Sekianlah artikel Melampau Lihat Sendiri Makhluk Biadab Ini Hina Agong Kita Mereka Wajib Terima Hukuman Berat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Melampau Lihat Sendiri Makhluk Biadab Ini Hina Agong Kita Mereka Wajib Terima Hukuman Berat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/melampau-lihat-sendiri-makhluk-biadab.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :