link : Misi menjejak Ramli
Misi menjejak Ramli
Sepang: Seramai empat pendaki Kelab Jelajah Alpine (KJA) tidak berputus asa untuk mencari rakan mereka, Ramli Abdul Majid yang hilang di Gunung Damavand, Iran pada 20 November tahun lalu.
Ketua Ekspedisi Mohd Khafiz Bachok, 39, berkata, misi mencari dan menyelamat (SAR) kelab itu akan diteruskan kerana Tehran ketika ini memasuki musim panas manakala salji yang meliputi gunung berkenaan sudah mula cair.
Menurutnya, keadaan itu secara tidak langsung memudahkan kerja menjejaki Ramli, 44, di pergunungan berkenaan.
“Misi ini dijangka dijalankan selama 10 hari dan kami turut mendapat kerjasama daripada Pasukan Bulan Sabit Merah Tehran serta memohon bantuan kerajaan Iran bagi mempergiatkan usaha SAR.
“Fokus kawasan carian ialah di timur Gunung Damavand bermula dari ketinggian 4,100 meter dari aras laut hingga 5,300 meter dari aras laut serta kawasan perkampungan berdekatan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) sebelum berlepas ke Tehran, semalam.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Misi menjejak Ramli
Anda sekarang membaca artikel Misi menjejak Ramli dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/misi-menjejak-ramli.html