link : Meninjau Sejarah Modenisasi Felda
Meninjau Sejarah Modenisasi Felda
TARIKH 1 Julai 1956 menjadi tahun keramat peneroka Felda. Era pembangunan Felda menjadi titik mula kemajuan luar bandar enam dekad lalu. Organisasi yang pada bermula secara kecil ini telah berkembang menjadi kanglomerat raksasa.
“Federal Land Development Authority” atau Felda ini, digagaskan niat murni Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak. Matlamatnya, meningkatkan taraf ekonomi penduduk luar bandar. Secara tidak lansung, ia turut merapatkan jurang perbezaan kualiti hidup antara penduduk bandar dan luar bandar.
Sehingga kini, terdapat hampir 480 kawasan Felda di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Kawasan berkeluasan 853,313 hektar meliputi sektor pertanian, perladangan dan penempatan.
Jumlah peneroka Felda sehingga kini ialah 112,635 orang, dan dianggarkan terdapat lebih 800,000 generasi kedua dan ketiga. Malah hampir 10,000 orang generasi ketiga dan keempat pula, kini sedang menuntut di IPT tempatan dan luar negara.
Kini, dalam menyongsong Era-konvergensi, Felda kekal unggul dalam mempertahan nasib masyarakat luar bandar. Bukan itu sahaja, Felda adalah aset negara yang menjana kemajuan ekonomi domestik.
Felda terus kekal di landasan yang betul dalam memperkasa kelangsungan hidup masyarakat luar bandar.
Keunggulan Felda dalam meniti arus negara diuji apabila organisasi itu kekal menjadi watak utama dalam pentas politik masa kini.
Justeru, sumbangan Felda terhadap negara tidak dapat dinafikan. Segala yang dirancang untuk Felda relatif untuk Malaysia secara amnya. Felda kekal relevan dulu, kini dan selamanya
Oleh : [email protected]
#Laskar Malaya
Loading...
Demikianlah Artikel Meninjau Sejarah Modenisasi Felda
Anda sekarang membaca artikel Meninjau Sejarah Modenisasi Felda dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/meninjau-sejarah-modenisasi-felda.html