link : Menyamar tok siak
Menyamar tok siak
Tumpat: Seorang lelaki dipercayai warga asing menyamar sebagai tok siak masjid semata-mata mahu mengaburi kegiatan haramnya mencuri duit tabung di rumah Allah itu.
Kejadian berlaku di Masjid Ismaili Kampung Morak di sini, pada 2.30 petang kelmarin apabila lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikesan memasuki ruangan solat wanita ketika tiada orang.
Dia disyaki mengambil duit tabung di ruangan berkenaan terlebih dahulu, sebelum menjadi tok siak dengan berpura-pura membersihkan ruang solat terbabit.
Kelakuan peliknya bagaimanapun disedari seorang kariah masjid yang menemui satu tabung kosong di dalam tandas.
Menurut Tok Siak Masjid Ismaili, Azman Awang, 43, tabung ditemui itu juga sudah dipecahkan mangganya dan ditinggalkan begitu sahaja.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Menyamar tok siak
Anda sekarang membaca artikel Menyamar tok siak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/menyamar-tok-siak.html