link : Pancuran air bukit
Pancuran air bukit
Yan : “Saya meminum mata air ini sejak lapan tahun lalu dan sudah jadi sumber minuman utama seisi keluarga. Alhamdulillah, setakat ini saya tiada penyakit, malah badan sentiasa rasa sihat dan segar,” kata Azmi Rejab, 57.
Azmi antara pengguna setia air bukit di tepi jalan Tanjung Jaga yang tidak pernah sunyi dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai tempat termasuk pengguna jalan raya yang singgah bagi menadah air mata air yang wujud di situ sejak lebih 20 tahun lalu.
Tinjauan Harian Metro di lokasi terbabit juga mendapati, mata air terbabit mengalir laju dan difahamkan ia tidak pernah kering sejak lebih 20 tahun lalu.
Kawasan itu juga tidak pernah sunyi kerana ada pengguna jalan raya atau penduduk berdekatan yang singgah sambil membawa botol untuk mengisi air yang jernih dan menyegarkan itu.
Azmi yang berasal dari Kampung Sungai Limau berkata, dia mengamalkan air mata air ini kerana yakin dengan khasiat dan kandungan mineral semula jadinya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Pancuran air bukit
Anda sekarang membaca artikel Pancuran air bukit dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pancuran-air-bukit.html