Mesyuarat Tergempar DAP Esok Bincang Arahan RoS

Mesyuarat Tergempar DAP Esok Bincang Arahan RoS - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mesyuarat Tergempar DAP Esok Bincang Arahan RoS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mesyuarat Tergempar DAP Esok Bincang Arahan RoS
link : Mesyuarat Tergempar DAP Esok Bincang Arahan RoS

Baca juga


Mesyuarat Tergempar DAP Esok Bincang Arahan RoS

GEORGE TOWN – DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar esok di Kuala Lumpur untuk membincangkan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) supaya parti itu membuat pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) baharu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata walaupun masih belum menerima surat, DAP melihat arahan terbaru RoS itu sebagai satu tindakan yang serius.

Menurutnya, pihaknya perlu meneliti isi kandungan surat rasmi daripada RoS kepada DAP terlebih dahulu, sebelum menentukan tindakan yang akan diambil parti.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO di ‘The Majestic Theatre’ di sini hari ini, beliau berkata keputusan muktamad akan dibuat oleh CEC dalam mesyuarat esok namun ia tertakluk kepada kandungan surat rasmi daripada RoS.

Dalam kenyataannya hari ini, Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah meminta DAP supaya mengadakan sekali lagi pemilihan semula CEC kerana RoS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 September 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Menurut Mohammad Razin, pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012, yang melibatkan seramai 2,576 perwakilan dari 865 cawangan.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, turut mengakui bahawa keputusan RoS itu akan menjejaskan persiapan dan persediaan DAP dalam menghadapi pilihan raya umum.

Katanya DAP berasa amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh RoS hari ini oleh kerana pemilihan CEC parti itu berlangsung hampir empat tahun lepas namun sekarang baru pihak RoS meminta supaya diadakan pemilihan baharu. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mesyuarat Tergempar DAP Esok Bincang Arahan RoS

Sekianlah artikel Mesyuarat Tergempar DAP Esok Bincang Arahan RoS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mesyuarat Tergempar DAP Esok Bincang Arahan RoS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/mesyuarat-tergempar-dap-esok-bincang.html

Subscribe to receive free email updates: