PDRM Umum Pertukaran 4 Lagi Pegawai Kanan

PDRM Umum Pertukaran 4 Lagi Pegawai Kanan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PDRM Umum Pertukaran 4 Lagi Pegawai Kanan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PDRM Umum Pertukaran 4 Lagi Pegawai Kanan
link : PDRM Umum Pertukaran 4 Lagi Pegawai Kanan

Baca juga


PDRM Umum Pertukaran 4 Lagi Pegawai Kanan

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran empat lagi pegawai kanannya berkuat kuasa 7 Ogos ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM SAC Datin Asmawati Ahmad berkata pertukaran itu melibatkan Timbalan Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Pahang ACP Norizan Murad.

Beliau berkata Norizan akan memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah Urusetia, Cawangan Urusetia, Bahagian Kepolisan Am Jabatan KDNKA Bukit Aman yang disandang ACP Mohd Abduh Ismail manakala Mohd Abduh mengambil alih jawatan Norizan.

Penolong Pengarah Narkotik (Risikan) Zon 1, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman ACP S. Batumalai pula bertukar ke jawatan Ketua Pusat Penyelidikan Sumber dan Kajian Kurikulum Maktab PDRM Kuala Lumpur.

“Jawatan Batumalai akan diambil alih oleh Supt Ravindar Singh yang kini menyandang jawatan sebagai Ketua Unit (Jenayah Syarikat), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selasa lepas, PDRM mengumumkan kenaikan pangkat dan pertukaran 46 pegawai kanan termasuk pelantikan empat pengarah dan empat ketua polis negeri yang baharu berkuat kuasa 7 Ogos.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata rombakan dalam pasukan keselamatan itu bertujuan memperkemas PDRM dan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-14 serta temasya Sukan SEA 2017.

– BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel PDRM Umum Pertukaran 4 Lagi Pegawai Kanan

Sekianlah artikel PDRM Umum Pertukaran 4 Lagi Pegawai Kanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PDRM Umum Pertukaran 4 Lagi Pegawai Kanan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pdrm-umum-pertukaran-4-lagi-pegawai.html

Subscribe to receive free email updates: