link : Nak Berniaga Kenalah Pandai Simpan Rekod Teratur
Nak Berniaga Kenalah Pandai Simpan Rekod Teratur
Mereka yang gagal menyimpan rekod perniagaan boleh didakwa di bawah Seksyen 82(1)(a) ACP1967 iaitu gagal menyimpan rekod-rekod yang mencukupi berkenaan pendapatan atau kerugian larasan perniagaan. (Gambar: steedman.co.uk)
Berdasarkan statistik Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), terdapat sebanyak 1,198,592 syarikat tempatan berdaftar di Malaysia sehingga 31 Disember tahun lalu yang membabitkan 6,375,051 perniagaan.
Statistiik tersebut jelas menunjukkan kecenderungan rakyat Malaysia menubuhkan syarikat bagi menjalankan perniagaan secara sah di sisi undang-undang dan ini menunjukkan satu perkembangan yang positif.
Namun, perkara yang positif boleh bertukar buruk jika pemilik atau pengarah syarikat terbabit gagal melaksanakan tanggungjawab mereka seperti yang dikehendaki mengikut undang-undang.
SIMPAN REKOD PENIAGAAN
Berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP1967), individu yang menjalankan perniagaan dikehendaki menyimpan rekod perniagaan yang teratur.
Penyimpanan rekod secara teratur bermaksud mewujudkan rekod-rekod yang mencukupi untuk semua transaksi perniagaan, mengendalikan rekod sepanjang tahun dan menyimpan rekod sepanjang tempoh masa yang diperlukan.
Antara kepentingan menyimpan rekod perniagaan bagi memantau kemajuan perniagaan, mengisi Borang Nyata Pendapatan dan memudahkan apabila diaudit Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Rekod dan buku akaun itu perlu disimpan untuk tempoh beberapa tahun dari akhir tahun kalendar pendapatan perniagaan.
Berikut beberapa rekod perniagaan yang perlu disimpan:
- Satu set buku-buku akaun yang lengkap bagi merekod semua transaksi perniagaan, penerimaan dan pembayaran
- Invois, baucar, resit dan dokumen yang berkenaan untuk mengesahkan jumlah dalam buku akaun
IMPLIKASI JIKA CUAI
Kegagalan menyimpan rekod yang mencukupi boleh menyebabkan individu terlibat dikehendaki oleh Ketua Pengarah LHDN supaya akaunnya diaudit akauntan bertauliah atas tanggungan sendiri.
Selain itu, pendapatan tercukai individu berkenaan boleh ditentukan mengikut pertimbangan Ketua Pengarah LHDN dan taksiran dibangkitkan sewajarnya.
Apa yang dibimbangkan, individu terlibat boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih daripada RM10,000 atau dipenjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.
DUA PENGARAH SYARIKAT DIDAKWA
Kegagalan memenuhi tanggungjawab sepertimana diminta LHDN menyebabkan seorang pengarah sebuah syarikat swasta di Shah Alam, Selangor berhadapan dengan tindakan mahkamah hari ini.
Pengarah Mayo Surgical Supply, Nor Asyikeen Othman, 37, didenda sebanyak RM5,000 selepas dia mengaku salah di atas pertuduhan berkenaan manakala, Pengarah Algood Services, Yong Kee Eng, 40, yang turut berhadapan dengan tuduhan sama mengaku tidak salah dan kes itu dibicarakan.
Menurut LHDN, kedua mereka didakwa di bawah Seksyen 82(1)(a) ACP1967 iaitu gagal menyimpan rekod-rekod yang mencukupi berkenaan pendapatan atau kerugian larasan perniagaan.
"Pertuduhan dilakukan di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini. Majistret menetapkan 9 Ogos 2017 sebagai tarikh bagi serahan dokumen-dokumen oleh LHDN untuk perbicaraan kes," kata LHDN dalam satu kenyataan.
TIPS MUDAH SIMPAN REKOD PERNIAGAAN
Berikut beberapa tips mudah yang pernah dikongsi mereka yang terbabit dalam bidang perniagaan mengenai cara menyimpan rekod perniagan:
- buka akaun bank yang berasingan untuk wang peribadi dan wang perniagaan
- catat kos, tarikh, item, kuantiti dan harga pembelian stok dan disimpan bersama resit
- pastikan setiap jualan dilangsaikan dengan tunai tanpa ada tempoh hutang dan direkodkan
- catat kos perbelanjaan lain seperti bil elektrik dan air serta simpan bersama resit bayaran
- rekod modal perniagaan dan ambilan antara pertukaran wang akaun peribadi dan akaun perniagaan
Demikianlah Artikel Nak Berniaga Kenalah Pandai Simpan Rekod Teratur
Anda sekarang membaca artikel Nak Berniaga Kenalah Pandai Simpan Rekod Teratur dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/nak-berniaga-kenalah-pandai-simpan.html