Nasib malang pencuri kabel

Nasib malang pencuri kabel - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nasib malang pencuri kabel, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nasib malang pencuri kabel
link : Nasib malang pencuri kabel

Baca juga


Nasib malang pencuri kabel

LELAKI ditahan polis selepas tersangkut pada tiang elektrik ketika cuba memotong kabel di loji air lama Hulu Trusan di Lawas, malam tadi.

Dalam kejadian 8.50 malam itu, suspek berusia 43 tahun memanjat tiang elektrik di kawasan berkenaan untuk mencuri kabel.

Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, lelaki itu bagaimanapun tersangkut dan kejadian disedari orang awam yang kemudiannya menghubungi bomba dan polis.

Menurutnya, anggota bomba berjaya menurunkan suspek yang mengalami kecederaan pada kaki sebelum dihantar ke Hospital Lawas.

"Pemeriksaan polis menemui sebilah parang yang digunakan untuk memotong kabel elektrik.

"Siasatan lanjut mendapati suspek juga mempunyai dua kes jenayah lampau atas kesalahan sama dan kini masih menunggu keputusan dari Timbalan Pendakwa Raya," katanya.

Abang Zainal Abidin berkata, suspek masih menerima rawatan di Hospital Lawas dan kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Nasib malang pencuri kabel

Sekianlah artikel Nasib malang pencuri kabel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nasib malang pencuri kabel dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/nasib-malang-pencuri-kabel.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :