Norman Hakim Bimbang Kesihatan Abby Abadi

Norman Hakim Bimbang Kesihatan Abby Abadi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Norman Hakim Bimbang Kesihatan Abby Abadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Norman Hakim Bimbang Kesihatan Abby Abadi
link : Norman Hakim Bimbang Kesihatan Abby Abadi

Baca juga


Norman Hakim Bimbang Kesihatan Abby Abadi

Walaupun bukan lagi pasangan suami isteri, Norman Hakim mengakui sedih dengan keadaan bekas isterinya, Abby Abadi yang mengalami keguguran baru-baru ini.

Pada masa sama, pelakon berusia 41 tahun ini juga risau dengan tahap kesihatan bekas anggota Elite itu sepanjang tempoh kehamilan lalu.

Tambahan pula, katanya, Abby menjalani proses kehamilan di kala usia mencecah 40 tahun selain mengalami tekanan darah tinggi.

“Sebenarnya, saya bimbang. Lagipun, dia mengadu ada tekanan darah tinggi bahkan keadaaannya juga membimbangkan.

“Jadi, saya juga ada nasihatkannya agar sentiasa jaga kesihatan dan bersenam.

“Tapi, saya tak sangka pula yang kandungannya tak dapat diselamatkan,” katanya sebak pada Kakigosip  ketika ditemui selepas sidang media program Che Din Kan Ada, semalam.

Katanya, rasa itu timbul lantaran menyifatkan Abby dan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria sebagai sebahagian daripada keluarga besarnya.

Tambahan pula, katanya, Abby adalah ibu kepada tiga anaknya, Mohamed Danish Hakim, 14; Marissa Dania Hakim, 12; dan Maria Danisha Hakim, 10.

“Rasanya, semua orang tahu bagaimana keadaan kami dulu hingga satu peringkat kita letakkan satu titik noktah dan berusaha mencari keharmonian.

“Dan… Alhamdulillah, kami dah mencapai tahap keharmonian itu.

“Saya rasa semua ini atas kejayaan doa anak-anak jua,” katanya.

Bukan itu sahaja, bintang filem Pasrah ini juga turut bersimpati dengan Muhammad Faizal yang meletakkan harapan tinggi untuk memiliki anak sendiri.

Pun begitu, suami kepada pelakon Memey Suhaiza ini turut meninggalkan kata-kata semangat buat mereka.

“Saya nasihatkan mereka supaya terus bersangka baik dengan ALLAH dan yakin dengan perancangan-Nya.

“Saya lihat Abby kuat dan tabah hadapi dugaan ini malah reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Norman bakal menjalani penggambaran siri terbaharu Gerak Khas bersama Erra Fazira tidak lama lagi.

The post Norman Hakim Bimbang Kesihatan Abby Abadi appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Norman Hakim Bimbang Kesihatan Abby Abadi

Sekianlah artikel Norman Hakim Bimbang Kesihatan Abby Abadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Norman Hakim Bimbang Kesihatan Abby Abadi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/norman-hakim-bimbang-kesihatan-abby.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :