PAN ANGGAP AZMIN ‘BADUT’....MARAH SANGAT TU PADA AZMIN

PAN ANGGAP AZMIN ‘BADUT’....MARAH SANGAT TU PADA AZMIN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAN ANGGAP AZMIN ‘BADUT’....MARAH SANGAT TU PADA AZMIN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAN ANGGAP AZMIN ‘BADUT’....MARAH SANGAT TU PADA AZMIN
link : PAN ANGGAP AZMIN ‘BADUT’....MARAH SANGAT TU PADA AZMIN

Baca juga


PAN ANGGAP AZMIN ‘BADUT’....MARAH SANGAT TU PADA AZMIN

PAN Selangor menyifatkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seperti ‘badut’ selain tidak la­yak memegang jawatan menteri besar dan Pengerusi Pakatan Harapan negeri itu kerana berdolak-dalik mengenai rundi­ngan kerusi pilihan raya umum di negeri berkenaan.

Pengerusinya, Izham Hashim turut menafikan dakwaan mereka berbohong dan pernah berunding mengenai kerusi di negeri tersebut sedangkan tidak berlaku sebarang rundingan mengenainya.

“Tidak ada (rundingan kerusi). Dia ini badut. Bila masa kita bincang kerusi? Hanya PKR yang bincang tentang soal itu, tidak ada yang bincang dengan mereka,” katanya yang dipetik daripada portal propembangkang, Malaysiakini di sini hari ini.

Mohamed Azmin sebelum ini mendakwa PAN berbohong ke­rana mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk Sela­ngor belum dibentuk sedangkan mereka sudah bermesyuarat sebanyak empat kali.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, sejumlah 80 peratus kerusi di Selangor sudah pun diputuskan.

Dalam pada itu, Izham memberitahu, PAN sudah menghantar surat rasmi kepada Mohamed Azmin selaku Pengerusi Pakatan Harapan Selangor supaya me­ngadakan mesyuarat khas bagi perkara berkenaan, namun sehingga kini ia masih belum dijalankan.

“Nak jadi Pengerusi Pakatan Harapan Selangor kena bijak. Jujur sebenarnya beliau tidak fit untuk jadi menteri besar dan pengerusi negeri. Beliau tak boleh uruskan perkara mudah sebegini. Mesyuarat tidak panggil, kemudian tuduh kita pula yang berbohong,” katanya.

Izham berkata, pihaknya pernah menjalankan mesyuarat sebelum ini, tetapi ia lebih kepada persiapan pilihan raya umum seperti soal daftar pemilih dan pengiraan undi, bukannya soal pembahagian kerusi antara empat parti komponen Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Beliau memberitahu, mesyua­rat tentang pembahagian kerusi pula dibuat secara berasingan antara partinya dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Utusan


Demikianlah Artikel PAN ANGGAP AZMIN ‘BADUT’....MARAH SANGAT TU PADA AZMIN

Sekianlah artikel PAN ANGGAP AZMIN ‘BADUT’....MARAH SANGAT TU PADA AZMIN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAN ANGGAP AZMIN ‘BADUT’....MARAH SANGAT TU PADA AZMIN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/pan-anggap-azmin-badutmarah-sangat-tu.html

Subscribe to receive free email updates: