link : Nyaris Mahu ‘Miming’ Kerana Pita Suara Rosak
Nyaris Mahu ‘Miming’ Kerana Pita Suara Rosak
Hati penyanyi bersuara emas, Adele, hancur luluh apabila terpaksa membatalkan konsertnya disebabkan pita suaranya rosak.
Memetik laporan media antarabangsa, pelatun lagu Hello ini bagaimanapun sebelum itu hampir-hampir mahu melakukan teknik lipsync demi meneruskan persembahan.
Perkara tersebut diakuinya sendiri menerusi akaun Twitter miliknya. Namun dia tidak jadi melakukan teknik tersebut.
“Saya telah mempertimbangkan untuk melakukan miming dan hanya berada di atas pentas bersama anda, tapi saya belum pernah melakukannya dan saya tidak sanggup melakukan itu sampai bila-bila pun terhadap anda.
“Itu seperti bukan saya yang sebenarnya. Maaf, maaf kerana membuat anda semua kecewa,” tulisnya.
Pita suara Adele dilaporkan sedang dirawat oelh sepasukan doktor pakar. Atas alasan sedang menjalani rawatan, Adele akhirnya terpaksa membatalkan dua konsertnya.
“Saya menulis ini kerana keputusannya baru saja dibuat, jadi saya tidak punya pilihan lain, tentu saja wang akan dikembalikan jika penjadualan semula konsert tidak dapat ditetapkan. Nanti akan diumumkan kelak. Saya sangat menyesal dan berasa kecewa,” tuturnya.
The post Nyaris Mahu ‘Miming’ Kerana Pita Suara Rosak appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Nyaris Mahu ‘Miming’ Kerana Pita Suara Rosak
Anda sekarang membaca artikel Nyaris Mahu ‘Miming’ Kerana Pita Suara Rosak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/nyaris-mahu-miming-kerana-pita-suara.html