Pelan Tindakan Masyarakat India bukan omongan kosong - PM Najib

Pelan Tindakan Masyarakat India bukan omongan kosong - PM Najib - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelan Tindakan Masyarakat India bukan omongan kosong - PM Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelan Tindakan Masyarakat India bukan omongan kosong - PM Najib
link : Pelan Tindakan Masyarakat India bukan omongan kosong - PM Najib

Baca juga


Pelan Tindakan Masyarakat India bukan omongan kosong - PM Najib

DENGKIL: Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) bukan sekadar khayalan atau omongan kosong tetapi kenyataan untuk kesejahteraan masyarakat India di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata kerajaan akan memastikan pelan hala tuju yang dirangka memberi manfaat sepenuhnya kepada masyarakat India sekaligus memperkasakan keyakinan mereka terhadap kerajaan.

"Pelan ini bukanlah sekadar khayalan, 'vetti pecchi' atau omongan kosong sebaliknya pelan ini adalah 'nijjam' atau kenyataan iaitu pelan realiti pertama sebagai tindakan menyejahterakan masyarakat India.

"MIB ialah platform biak untuk mencapai kepemimpinan masyarakat India yang lebih kuat dan bersepadu,"kata Najib ketika berucap pada Majlis Menyemat Plak dan Pelancaran Buku Kegemilangan 200 Tahun Pendidikan Tamil di Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Permata, di sini hari Ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Pada 23 April lepas, Najib melancarkan MIB sebagai satu dokumen rasmi kerajaan untuk pembangunan komuniti itu di negara ini untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Percaya bahawa masyarakat India akan bertambah kuat menerusi kepimpinan baik, perdana menteri berkata beliau tidak mahu masyarakat itu terbahagi dalam penyertaannya.

"Sebaik sahaja anda bersatu, sebaik sahaja anda mempunyai pemimpin yang dapat menyatukan kumpulan kecil atau kumpulan, dengan itu saya yakin masyarakat India akan menjadi lebih kuat di masa depan. Perlu ada usaha untuk menyatukan masyarakat India," katanya.

Mengulas mengenai perkembangan SJKT, Najib berkata sejumlah RM900 juta diperuntukkan untuk SJKT di seluruh negara sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2009.

"Saya lakukan perkara ini sebab saya percaya inilah patut dilakukan secara adil untuk semua. Bukan setakat itu, kita akan terus menambah bilangan SJKT.

"Seperti dijanjikan pada 2013, kita janji bina enam SJKT baharu menjadikan jumlah keseluruhan kepada 530 sekolah.

"Empat sekolah dalam proses pembinaan, satu akan dibuka bulan depan dan satu lagi pada akhir tahun nanti. Semua janji kerajaan kita tepati," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata beliau juga ingin melihat setiap SJKT dilengkapi tadika di sekolah masing-masing dan telah meluluskan peruntukan untuk tambahan 50 tadika bagi tahun Ini.

Perdana menteri turut menggalakkan masyarakat India untuk terus mencapai kecemerlangan tinggi dalam menimba ilmu dan pendidikan.

Katanya tidak ada senjata berkesan untuk mengubah kaum kecuali menggalakkan kaum itu capai pencapaian tinggi dalam ilmu pendidikan.

"Kalau insan itu dibekalkan ilmu dan dididik sempurna dengan nilai murni, bila berjaya nanti ia akan bawa bersama keluarga dan dapat membantu ibu bapa serta keluarga lain juga akan dapat faedah," katanya.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pelan Tindakan Masyarakat India bukan omongan kosong - PM Najib

Sekianlah artikel Pelan Tindakan Masyarakat India bukan omongan kosong - PM Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelan Tindakan Masyarakat India bukan omongan kosong - PM Najib dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pelan-tindakan-masyarakat-india-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :