Khazanah bio-diversiti negara terjamin dengan kelulusan RUU - Dr Wan Junaidi

Khazanah bio-diversiti negara terjamin dengan kelulusan RUU - Dr Wan Junaidi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khazanah bio-diversiti negara terjamin dengan kelulusan RUU - Dr Wan Junaidi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khazanah bio-diversiti negara terjamin dengan kelulusan RUU - Dr Wan Junaidi
link : Khazanah bio-diversiti negara terjamin dengan kelulusan RUU - Dr Wan Junaidi

Baca juga


Khazanah bio-diversiti negara terjamin dengan kelulusan RUU - Dr Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kekayaan bio-diversiti negara akan dapat dikawal selia dengan lebih teratur sebaik Rang Undang-undang (RUU) Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 diluluskan Dewan Rakyat.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, undang-undang tersebut perlu bagi mengelakkan khazanah negara daripada dieksploitasi pihak luar.

"Malaysia merupakan negara ke-12 terkaya di dunia dari segi bio-diversiti.

"Oleh itu, adalah wajar bagi kita mewujudkan akta ini bagi menjaga kepentingan negara dari sudut bio-diversiti," katanya pada satu sidang media di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Tambahnya, peruntukan undang-undang ini juga akan memberi kebaikan kepada komuniti tempatan memandangkan kepentingan mereka dalam perkongsian ilmu mengenai ubat-ubatan atau herba tempatan akan diberi pulangan.

"Bagaimanapun, peraturan spesifik akan digubal selepas pihak kami membuat engagement (pendampingan) dengan pihak yang terlibat bagi memastikan kepentingan khazanah negara terjaga," kata Wan Junaidi.

RUU Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 ini diluluskan Dewan Rakyat melalui undi belah bahagi pada sesi petang hari ini.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Khazanah bio-diversiti negara terjamin dengan kelulusan RUU - Dr Wan Junaidi

Sekianlah artikel Khazanah bio-diversiti negara terjamin dengan kelulusan RUU - Dr Wan Junaidi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khazanah bio-diversiti negara terjamin dengan kelulusan RUU - Dr Wan Junaidi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/khazanah-bio-diversiti-negara-terjamin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :