link : Pelarian Syria sedang hampir tempoh bersalin, dirogol dan dibunuh dengan dihempap bongkah batu. Bayi berusia 10 bulan pula dicekik sampai mati
Pelarian Syria sedang hampir tempoh bersalin, dirogol dan dibunuh dengan dihempap bongkah batu. Bayi berusia 10 bulan pula dicekik sampai mati
Seorang wanita pelarian Syria yang sarat mengandung dirogol dan dibunuh kejam dengan dihempap bongkah batu, manakala bayinya yang berusia 10 bulan dicekik sehingga mati.
Pembunuhan kejam dua beranak itu mencetuskan kemarahan ramai, apatah lagi apabila mangsa dijangka melahirkan anak keduanya hari ini.
Susulan kejadian, pihak berkuasa Turki menahan dua lelaki yang mengaku melakukan jenayah kejam itu selepas terbabit dalam pertengkaran bersama suami mangsa.
Kedua-dua suspek yang bekerja di kilang yang sama dengan suami mangsa dikatakan memecah masuk ke rumah pasangan terbabit, sebelum melarikan ibu dan anak itu ke sebuah hutan di bandar Sakarya.
Agensi berita Dogan melaporkan, mayat kedua-dua mangsa dijumpai semalam, di dalam hutan berkenaan oleh penduduk kampung berdekatan.
Pembunuhan ngeri itu turut mendapat perhatian Menteri Keluarga, Fatma Betul Sayan Kaya yang mengutuk keras kekejaman dua suspek dan memberi jaminan, mereka akan menerima hukuman setimpal di muka pengadilan.
Ia berlaku selepas beberapa hashtag berbaur perkauman dan mengutuk kehadiran pendatang Syria tular di laman Twitter di Turki.
Kaya dipetik sebagai berkata, individu terbabit menyebarkan hashtag itu dan menjadikan pelarian Syria sebagai mangsa tidak ada bezanya dengan rejim Syria yang kejam. – AFP
Sumber: BH Online
Demikianlah Artikel Pelarian Syria sedang hampir tempoh bersalin, dirogol dan dibunuh dengan dihempap bongkah batu. Bayi berusia 10 bulan pula dicekik sampai mati
Anda sekarang membaca artikel Pelarian Syria sedang hampir tempoh bersalin, dirogol dan dibunuh dengan dihempap bongkah batu. Bayi berusia 10 bulan pula dicekik sampai mati dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pelarian-syria-sedang-hampir-tempoh.html