link : Penangan Hero Seorang Cinderella, Peminat Ajak Fikry Kahwin?
Penangan Hero Seorang Cinderella, Peminat Ajak Fikry Kahwin?
MENDAPAT sambutan yang baik dari penonton drama bersiri Hero Seorang Cinderella, pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim memberitahu dia ada menerima beberapa mesej dari peminat yang meluahkan hasrat untuk berkahwin dengannya.
Menurut Fikry, 23, dia membuat keputusan unutk tidak membalas sebarang mesej yang mengajaknya untuk berkahwin kerana bimbang berlakunya sebarang salah faham.
Jelasnya, dia menganggap mesej-mesej tersebut sebagai gurauan daripada peminatnya dan tidak mempunyai maksud yang serius.
“Ada beberapa peminat menghantar mesej di Instagram meluahkan hasrat untuk berkahwin dengan saya. Walau bagaimanapun, saya mengambil langkah untuk tidak membalasnya.
“Bagi saya, mendiamkan diri adalah lebih baik supaya tidak berlaku salah faham kerana saya rasa mereka hanya bergurau dan mahu bertegur-sapa sahaja,” katanya kepada mStar Online.
Tambahnya, mungkin peminat tersebut mahu berkahwin dengan “Farizzam”, watak yang dibawa oleh Fikry dalam drama Hero Seorang Cinderella, digandingkan bersama pelakon Fattah Amin, Fazura dan Uqasha Senrose.
“Mungkin mereka mahu berkahwin dengan “Farizzam”, bukannya saya,” katanya.
Mengulas tentang peminat yang mahu menjodohkannya bersama Uqasha, Fikry berkata dia tidak mahu mengulas apa-apa tentang perkara tersebut kerana tidak mahu memberi harapan kepada sesiapa.
Walau bagaimanapun jelasnya, dia tidak menolak jika ‘dijodohkan’ dengan Uqasha dalam mana-mana drama pada masa akan datang. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Penangan Hero Seorang Cinderella, Peminat Ajak Fikry Kahwin?
Anda sekarang membaca artikel Penangan Hero Seorang Cinderella, Peminat Ajak Fikry Kahwin? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/penangan-hero-seorang-cinderella.html