Penulis Novel Komik ‘Aku Hidup Dalam Blues’ Meninggal Dunia

Penulis Novel Komik ‘Aku Hidup Dalam Blues’ Meninggal Dunia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penulis Novel Komik ‘Aku Hidup Dalam Blues’ Meninggal Dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penulis Novel Komik ‘Aku Hidup Dalam Blues’ Meninggal Dunia
link : Penulis Novel Komik ‘Aku Hidup Dalam Blues’ Meninggal Dunia

Baca juga


Penulis Novel Komik ‘Aku Hidup Dalam Blues’ Meninggal Dunia

Penulis novel komik ‘Aku Hidup Dalam Blues’, Azzam Supardi meninggal akibat sakit jantung di Pusat Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, kira-kira jam 7 pagi Selasa.
Aku Hidup Dalam Blues

Abang ipar Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Dr. Mohamad Saleeh Rahamad berkata, pengarang prolifik berusia 50 tahun itu sebenarnya pernah diserang angin ahmar tiga kali.

Kejadian pertama berlaku di kediamannya di Saujana Utama, awal tahun ini manakala kedua ketika Allahyarham pulang berhari raya ke kampung isterinya di Pahang, menyebabkannya dimasukkan ke Hospital Bentong.

“Arwah kemudian dipindahkan ke Pusat Perubatan UiTM dengan sebuah ambulans pada Hari Raya Puasa yang keempat lalu. Sebelum ini, tiada sesiapa pun yang mengetahui bahawa arwah mempunyai penyakit jantung.

“Tambahan lagi dia juga dikenali sebagai seorang yang periang. Arwah diketahui ada menghidap sakit gout dan mungkin dia sendiri baru mengetahui mengenai penyakit jantung yang dihidapinya,” katanya kepada media.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Merbau Sempak di Sungai Buloh, tengah hari Selasa. Dalam catatan terakhir di Facebooknya pada 30 Jun lalu, Azzam sempat menulis coretan yang menyentuh perasaan.

Ia seolah-olah mengetahui permergiannya untuk selama-lamanya. Catatan itu berbunyi: aku penat, aku letih, bantu aku… tolong aku… dapatkan kembali tidurku yang hilang… Azzam Supardi, Hospital UiTM, 1.17 am 30/6/17.

Berdasarkan catatan menerusi Facebook beliau, Azzam telah pun dimasukan ke Hospital Bentong di Pahang sejak 24 Jun lalu, malahan turut meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan ahli keluarganya di hospital.

Azzam Supardi
Azzam Supardi.

Allahyarham akhirnya kembali ke Rahmatullah dengan meninggalkan seorang balu iaitu Siti Rubiahtuliza Ahmad Tajuddin berserta tiga orang anak, Fatin Amira Najwa, 18; Muhammad Faiz, 16; dan Fatin Adelia Nisa, 6.

Aku Hidup Dalam Blues pernah menjadi antara siri yang terkenal dalam majalah kartun popular Ujang pada dekad 1990-an ditulis oleh Azzam dengan menggunakan nama pena Toyon, manakala lukisan pula oleh kartunis Aie.

Azzam turut sempat melahirkan beberapa buku antaranya Monolog Seorang Lelaki pada tahun 2013 diikuti dengan Prequel Breakfast Blues (2014) dan 99 Stress Free Daddy (2016).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 20 Fakta Menarik Komik Dan Filem Marvel Ramai Tidak Tahu

sumber: mynewshub

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Penulis Novel Komik ‘Aku Hidup Dalam Blues’ Meninggal Dunia

Sekianlah artikel Penulis Novel Komik ‘Aku Hidup Dalam Blues’ Meninggal Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penulis Novel Komik ‘Aku Hidup Dalam Blues’ Meninggal Dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/penulis-novel-komik-aku-hidup-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :