Perak Bakal Bina Lapangan Terbang Baharu

Perak Bakal Bina Lapangan Terbang Baharu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perak Bakal Bina Lapangan Terbang Baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perak Bakal Bina Lapangan Terbang Baharu
link : Perak Bakal Bina Lapangan Terbang Baharu

Baca juga


Perak Bakal Bina Lapangan Terbang Baharu

IPOH- Perak bakal membina sebuah lapangan terbang baharu bagi merancakkan lagisektor pelancongan dan industri di seluruh negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata kerajaan negeri sudah membuat perbincangan awal, perincian serta penelitian berhubungperkara itu.

“Apabila (lapangan terbang) sudah pasti, saya akan umumkan, apa yang boleh saya sebutkan ia tidak jauhdari Ipoh dan tidak berhampiran dengan lapangan terbang yang sibuk seperti lapangan terbang Pulau Pinang.

“Kita telah mengenal pasti tempat itu cuma memerlukan beberapa penelitian termasuk melalui kerjasamapihak Kementerian Pengangkutan dan juga Jabatan Penerbangan Awam.
Kita berharap ia mendapat kelulusandaripada kerajaan persekutuan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersiaran secara langsung selama dua jam dalam segmen Selamat Pagi Menteri Besar di Radio Perak FM, pada 8 pagi tadi.

Dalam segmen tersebut, Zambry menjawab persoalan isu semasa berkaitan Perak daripada anggota panel iaitu Pengarah Penerangan Perak Razali Kidam, Ketua Biro Utusan Malaysia Sayed Hesyam Idris, Ketua BiroHarian Metro Wan Asrudi Wan Hasan dan Penolong Ketua Biro Sinar Harian Normawati Adnan.

Beliau berkata, pemilihan lokasi untuk membangunkan lapangan terbang baharu itu mengambil kira faktor kawasan pertumbuhan ekonomi selain kedudukan muka buminya yang sesuai untuk pembinaannya.

“Kawasan itu pernah dicadangkan satu ketika dahulu, namun oleh kerana ia dipilih untuk tujuan pembangunan lain, maka idea untuk lapangan terbang di kawasan itu ditinggalkan, tetapi hari ini kita cadangkan semula.

“Kawasan itu agak luas, bayangkan sekiranya ia boleh menampung landasan sepanjang 3.5 kilometer bagimembolehkan pesawat besar (mendarat), bukan hanya bagi tujuan pelancongan tetapi sektor industri sepertiindustri penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO),” katanya.

Selain itu, Zambry berkata kerajaan negeri juga bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara untuk menaik taraf Lapangan Terbang Hulu Perak bagi membolehkan pesawat kecil mendarat di situ.

Katanya dengan penaiktarafan lapangan terbang itu ia sekali gus dapat membangunkan sektor pelancongandi Hulu Perak, khususnya dari Lenggong ke Pengkalan Hulu.

– BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Perak Bakal Bina Lapangan Terbang Baharu

Sekianlah artikel Perak Bakal Bina Lapangan Terbang Baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perak Bakal Bina Lapangan Terbang Baharu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/perak-bakal-bina-lapangan-terbang-baharu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :