link : Perang Dingin Rihanna, Noami Campbell Terjawab
Perang Dingin Rihanna, Noami Campbell Terjawab
UMUM mengetahui penyanyi Rihanna dan supermodel Naomi Campbell bersahabat baik namun spekulasi mengenai hubungan itu mula diperkatakan apabila mereka berhenti mengikuti Instagram masing-masing sejak awal tahun ini.
Ramai tertanya-tanya tentang punca sebenar perang dingin yang berlaku di antara mereka namun Naomi menerusi satu temubual menyangkal dakwaan mereka bergaduh.
Sebaliknya menegaskan hubungannya dengan Rihanna masih akrab.
Bagaimanapun, berita percintaan Rihanna, 29, dengan pemilik syarikat Toyota Motor Arab Saudi iaitu Abdul Hassan Jameel mula memberi jawapan kepada keretakan hubungan dua selebriti terkenal itu.
The Sun melaporkan Naomi pernah meluahkan rasa meluat dengan Rihanna dan Abdul Hassan yang sedang dilamun bercinta dan tidak suka dilihat seperti pilihan kedua.
Hassan Jameel dikatakan menjadi punca persahabatan Rihanna dan Campbell putus kerana pernah menjalinkan hubungan dengan model tersebut tahun lalu.
Sumber terdekat pula memberitahu Rihanna mula mengenali kekasihnya itu kira-kira 10 bulan yang lalu.
Hubungan Rihanna dan Abdul Hassan mula hebat diperkatakan apabila seorang jurugambar bebas berjaya merakamkan foto mereka ketika sedang bermesraan dalam kolam renang ketika bercuti di Ibiza, Sepanyol pada Ahad lalu.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pasangan itu serius terhadap hubungan itu atau mereka sekadar rakan biasa.
The post Perang Dingin Rihanna, Noami Campbell Terjawab appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Perang Dingin Rihanna, Noami Campbell Terjawab
Anda sekarang membaca artikel Perang Dingin Rihanna, Noami Campbell Terjawab dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/perang-dingin-rihanna-noami-campbell.html