Sarawak hantar peguam ke London cari rujukan Perjanjian Malaysia 1963

Sarawak hantar peguam ke London cari rujukan Perjanjian Malaysia 1963 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sarawak hantar peguam ke London cari rujukan Perjanjian Malaysia 1963, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sarawak hantar peguam ke London cari rujukan Perjanjian Malaysia 1963
link : Sarawak hantar peguam ke London cari rujukan Perjanjian Malaysia 1963

Baca juga


Sarawak hantar peguam ke London cari rujukan Perjanjian Malaysia 1963

SIBU: Sarawak menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) bagi menentukan hak-hak sebenar negeri ini yang termaktub di bawah perjanjian tersebut.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata pasukan peguam berkenaan diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

"Memang kita teruskan usaha Tok Nan (bekas Ketua Menteri Allahyarham Tan Sri Adenan Satem) untuk medapatkan hak kita yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia. Sebab itu kita hantar Sharifah Hasidah dan kumpulan peguam ke London untuk melihat dan mencari rujukan," katanya.

Berucap pada majlis ramah tamah Hari Raya Aidilfitri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini malam tadi, Abang Johari bagaimanapun tidak menyatakan bila dan tempoh masa pasukan berkenaan berada di London.

"Perjanjian ini bukan sebarang perjanjian, kita mahu dapat fakta-fakta yang betul. Sebab apabila kita hendak menuntut hak, kita mesti buat 'homework', kalau tidak, kita tembak (tuntut) sebarangan, susah,"jelas beliau.

Pada masa sama, kajian yang betul perlu dibuat dan melihat mana-mana peruntukan yang harus dipertahankan, katanya.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sarawak hantar peguam ke London cari rujukan Perjanjian Malaysia 1963

Sekianlah artikel Sarawak hantar peguam ke London cari rujukan Perjanjian Malaysia 1963 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sarawak hantar peguam ke London cari rujukan Perjanjian Malaysia 1963 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/sarawak-hantar-peguam-ke-london-cari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :