link : Perempuan Sejati Yang Makin Hilang Rasa Malu
Perempuan Sejati Yang Makin Hilang Rasa Malu
Semakin hari dunia semakin memalukan, rasa segan melihat sekeliling wanita yang hilang rasa malu. Allahurabbi, diri sendiri wanita pun rasa segan dengan keadaan sekeliling. Taktahu macam mana nak tegur wanita sekalian, namun diharapkan confession saya dapat menyedarkan wanita lain. Takperlu dikisahkan dengan wanita di laman sosial, wanita di alam realiti kelihatan lebih menyedihkan. Stail tudung yang semakin pendek sehingga memperlihatkan bahagian dada wanita. Lebih-lebih lagi wanita yang dikurniakan dengan sosok tubuh yang menawan. Hilangkah rasa segan dan malu mu wahai wanita? Baju ketat dan tudung pendek.
Ya jika anda benar seorang wanita, pasti anda ada rasa sekelumit rasa malu. Hanya wanita yang bukan sebenar-benarnya wanita yang tanpa segan silu mengaku dia period, mencari kotex dan mengabarkan pada satu dunia yang dia datang bulan. Kita punyalah payah nak mengaku kita tak puasa dekat kawan-kawan masa bulan Ramadhan tapi ada orang senangnya bagitahu orang dia period. Baru pertama kali period ke?
Wanita yang sebenar-benarnya takkan begitu mudah menunjukkan sosok tubuh pada mata dunia dengan sewenang-wenangnya. Hanya yang bukan wanita tulen sahaja yang berani pergi Gym rakam video dan tunjukkan pada dunia betapa cantiknya tubuh mereka. Siap menari-nari, tergedik-gedik, terkinja-kinja menari suruh orang rakam sambil zoom di tempat yang tidak sepatutnya. Berhentilah memalukan wanita jika anda memang wanita. Dan jikalau anda bukan wanita sekalipun, cukup-cukuplah perbuatan anda yang sangat tidak mencerminkan anda wanita muslim.
Tidak perlu labuhkan tudung seperti ustazah tapi cukuplah menutup bahagian dada. Selalu rasa segan apabila ternampak mata-mata kaum lelaki yang seronok menjamah tubuh wanita. Tolonglah jangan hilangkan rasa malu sebagai wanita tu. Tapi kalau anda bukan wanita tulen, teruskan jual tubuh anda di khalayak ramai dan di laman sosial. Kalau ada orang tegur pun, balas balik dengan mulut laser melenting. Takpun guna ayat sedih sambil nangis-nangis cerita pasal dosa dan pahala, sedangkan diri sendiri buat video yang tak sepatutnya. Ini adalah kerana wanita sejati takkan berani menunjukkan apa yang tidak patut ditunjuk.
Berhentilah memalukan wanita, wahai wanita diluar sana. Tonjolkan sifat malu mu dan buang sikap tidak malu mu itu kerana adanya sifat malu itu adalah lambing wanita sejati.
Wanita Tulen Yang Ada Rasa Malu
Sumber & Kredit: iiumc
Demikianlah Artikel Perempuan Sejati Yang Makin Hilang Rasa Malu
Anda sekarang membaca artikel Perempuan Sejati Yang Makin Hilang Rasa Malu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/perempuan-sejati-yang-makin-hilang-rasa.html