Permohonon MyKas Dihenti Sementara, Tular Maklumat Tak Tepat

Permohonon MyKas Dihenti Sementara, Tular Maklumat Tak Tepat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Permohonon MyKas Dihenti Sementara, Tular Maklumat Tak Tepat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Permohonon MyKas Dihenti Sementara, Tular Maklumat Tak Tepat
link : Permohonon MyKas Dihenti Sementara, Tular Maklumat Tak Tepat

Baca juga


Permohonon MyKas Dihenti Sementara, Tular Maklumat Tak Tepat

TAWAU – Jabatan Pendaftaran Negaara (JPN) Cawangan Tawau menghentikan sementara pemprosesan kad pengenalan Pemaustatin Sementara (MyKas) hari ini selepas ribuan orang awam menyerbu pejabat itu akibat menerima maklumat tidak tepat bahawa pemegang MyKas boleh memohon status Pemastautin Tetap (MyPR) yang tular di laman sosial Whatsapp sejak semalam.

Timbalan Pengarah JPN Sabah, Adrian Allan Richard berkata maklumat  tular itu tidak betul sehingga mengganggu proses kerja di JPN yang terletak di Pusat Transformasi Bandar (UTC)dan tidak terkawal sekali gus permohonan MyKas iaitu kepada kanak-kanak yang tiada status pengesahan kerakyatan dalam surat beranak itu turut terpaksa dihentikan sementara waktu.

“Proses permohonan MyKas itu di JPN Tawau akan disambung selepas keadaan mengizinkan semula.

”Hal ini juga hari ini banyak jabatan kerajaan  yang di tempatkan di UTC sukar beroperasi kerana kehadiran mereka,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sejak semalam,  tular di Whatsapp bahawa pemegang MyKas boleh memohon untuk menukar status sementara kepada penduduk tetap.

Adrian, berkata program MyKas diberikan kepada kanak-kanak berusia 12 yang di dalam surat lahir mereka tiada status kewarganegaraan itu  dimulakan sejak bulan Mei, 2015.

“Mereka yang layak menerima atau memohon MyKas adalah kanak-kanak yang tercatat dalam surat lahir mereka, adalah ibu bapa yang turut tidak memiliki kerakyataan.

“Surat lahir yang ada tercatat status bapa atau ibu seperti No. Pasport dan lain-lain TIDAK LAYAK untuk memohon MyKas,” katanya.

Dalam pada itu, MyKas, katanya, hanya laku atau sah digunakan dalam tempoh lima tahun dan selepas itu pemiliknya perlu memohon semula.

Tinjauan Bernama di kawasan UTC mendapati lebih dari 1,000 ibu bapa dan anak-anak mereka membanjiri kawasan berkenaan sejak pukul 5 pagi.  – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Permohonon MyKas Dihenti Sementara, Tular Maklumat Tak Tepat

Sekianlah artikel Permohonon MyKas Dihenti Sementara, Tular Maklumat Tak Tepat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Permohonon MyKas Dihenti Sementara, Tular Maklumat Tak Tepat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/permohonon-mykas-dihenti-sementara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :