Polis Tahan 6 Anggota Sindiket Dadah

Polis Tahan 6 Anggota Sindiket Dadah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Tahan 6 Anggota Sindiket Dadah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Tahan 6 Anggota Sindiket Dadah
link : Polis Tahan 6 Anggota Sindiket Dadah

Baca juga


Polis Tahan 6 Anggota Sindiket Dadah

KUANTAN – Polis Pahang menahan enam warga tempatan termasuk dua wanita yang dipercayai anggota sindiket menjual dadah dalam empat serbuan berasingan di Temerloh, Lanchang, Pekan dan Jengka, Isnin lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Rosli Ab Rahman berkata suspek yang berusia antara 27 hingga 38 tahun itu ditahan sekitar pukul 5.15 petang hingga 6 petang, dan polis turut merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM90,000.

“Polis merampas 1.4 kilogram dadah jenis heroin, 1,000 biji pil kuda serta 19 gram syabu yang ditemukan di dalam rumah dan lokasi dalam kawasan ladang kelapa sawit yang dipercayai dijadikan sarang mereka.

“Polis juga merampas wang tunai RM2,000 serta tujuh kenderaan iaitu dua Mitsubishi Pajero dan masing-masing sebuah Mitsubishi Triton, Ford Ranger, Suzuki Swift, Perodua Kelisa dan Perodua Kenari.

“Nilai keseluruhan harta yang disita ialah sebanyak RM230,000,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang (IPK) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Azri Ahmad dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Lam Thiam Huat.

Rosli menambah penahanan suspek adalah kejayaan kerjasama antara polis Pahang bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).

Beliau menambah siasatan awal mendapati sindiket itu beroperasi sejak awal tahun ini sebelum bertambah aktif dan menambah anggota baharu pada Mac lepas.

“Hasil siasatan mendapati bekalan dadah diperoleh dari Kuala Lumpur sebelum diedarkan kepada pelanggan di sekitar negeri ini termasuk di kawasan-kawasan Felda,” katanya.

Rosli menambah empat suspek lelaki itu juga didapati mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Beliau berkata polis telah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap semua suspek sehingga 31 Julai ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Rosli menambah polis sentiasa mengalu-alukan kerjasama penyaluran maklumat daripada orang awam dalam usaha membanteras jenayah dadah secara habis-habisan di negeri ini. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Polis Tahan 6 Anggota Sindiket Dadah

Sekianlah artikel Polis Tahan 6 Anggota Sindiket Dadah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Tahan 6 Anggota Sindiket Dadah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/polis-tahan-6-anggota-sindiket-dadah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :