Isteri Harap Suami Hilang Di Laut Ditemui Segera

Isteri Harap Suami Hilang Di Laut Ditemui Segera - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isteri Harap Suami Hilang Di Laut Ditemui Segera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isteri Harap Suami Hilang Di Laut Ditemui Segera
link : Isteri Harap Suami Hilang Di Laut Ditemui Segera

Baca juga


Isteri Harap Suami Hilang Di Laut Ditemui Segera

ALOR SETAR – Ruhaida Idrus, 33, berharap suaminya yang hilang di laut sejak semalam dapat ditemui segera.

“Saya mahu dia ditemui selamat dan saya sudah bersedia dengan ketentuan Ilahi. Apa pun saya mengharapkan orang ramai terus berdoa agar suami saya ditemui semula,” katanya ketika ditemui di pelantar nelayan Kuala Sala dekat sini hari ini untuk menunggu khabar berita mengenai suaminya Mohd Hafiz Abu Hassan, 36, yang didapati hilang dari bot ketika memancing seorang diri kira-kira 12 batu nautika dari barat daya Kuala Kedah.

Bot Mohd Hafiz ditemui oleh sekumpulan nelayan yang melalui kawasan itu pada pukul 4.30 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat digerakkan sepasukan anggota bot Maritim pada pukul 4.55 petang sebelum dihentikan buat sementara pada pukul 7.30 malam tadi.

Ruhaida yang sedang mengandung enam bulan anak keempatnya berkata dia mengetahui suaminya hilang apabila dimaklumkan rakan suaminya dan jiran terdekat mereka pada pukul 4 petang semalam.

“Mereka kata mereka jumpa bot suami saya yang berpusing-pusing di atas air. Bagaimanapun suami saya tidak ada di atas bot, yang ada hanya bekal nasi lemak, roti dan buah rambutan yang dibawanya,” katanya.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa disambung pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Kuala Kedah, Leftenan Maritim Hairil Izhar Nor Azmi berkata operasi disambung semula 7.30 pagi membabitkan empat bot APMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

Katanya seramai 38 anggota dari pelbagai agensI menumpukan pencarian di sekitar 80 batu nautika persegi di mana lokasi Mohd Hafiz dipercayai terjatuh dari bot.

“Setakat 12.30 tengah hari tadi, mangsa belum berjaya ditemui. Setakat ini tiada petunjuk baharu ditemui selain bot gentian kaca milik mangsa yang ditemui petang semalam.

“Keadaan cuaca hari ini hujan dan laut bergelora hingga menyukarkan penglihatan, namun kita akan teruskan mencari berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang ada dengan mengambil kira dari segi air pasang surut dan arah tiupan angin,” katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Isteri Harap Suami Hilang Di Laut Ditemui Segera

Sekianlah artikel Isteri Harap Suami Hilang Di Laut Ditemui Segera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isteri Harap Suami Hilang Di Laut Ditemui Segera dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/isteri-harap-suami-hilang-di-laut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :