Ragam Adik Lelaki

Ragam Adik Lelaki - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ragam Adik Lelaki, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ragam Adik Lelaki
link : Ragam Adik Lelaki

Baca juga


Ragam Adik Lelaki

Ragam Adik Lelaki

Aku kakak sulung daripada 6 orang adik beradik umur 21 tahun. Jarak umur kami ada yang dekat ada yang jauh. Angah 20, Akak 18, Adik 17, Paat 13 & Biah 7. Keluarga kami sederhana je. Disebabkan pagi tadi aku ada terbaca pasal orang confess yang tak tahan dengan perangai adik lelaki so aku macam nak cerita jugaklah kisah adik lelaki aku.

Adik lelaki aku 2 orang je. Tapi perangai mereka boleh tahan nakal jugaklah. Bak kata orang budak baru nak up!

Perangai adik lelaki aku yang pertama dia ni lain macam sikit, angah. Dia kuat pendam. Aku ni jenis kuat bebel, mulut laser boleh tahan tapi bila orang tengking aku balik, aku dah sayu nak nangis. Aku selalu marah dia kacau dia. Adalah masatu aku nak sapu sampah, aku kalau nak kemas rumah aku tak suka orang kacau aku, aku desak dia cepat naik atas banyak kali aku desak, marah-marah. Entah tetiba angin monsun mana dia pegi dekat aku dia tumbuk aku bertubi-tubi tanpa belas ihsan.

Aku terkejut, lepastu aku balas lah cakap pukul aku lagi kalau dgn pukul kau rasa puas. Dia pukul aku lagi kuat weh lebam teruks!! Lama jugaklah dia pukul aku macam rasa nak patah tulang kaki & tangan aku eventho aku ni banyak lemak. Kalau dah bertubi-tubi sakit lebam jugak. Aku cakaplah, satu hari nanti Allah tarik nikmat tangan kau baru kau tahu! Then dia balas, aku dah lama bersabar dengan kau apa semua. Bayangkan sambil pegang penyapu air mata berjurai-jurai dok sapu rumah, aku macam rasa ala cinderella gitu. Dia pun naik atas aku teruskan menyapu dan selepas kejadian itu aku diam membisu tak tegur dia. Actually dah banyak kali aku kena pukul teruks lebamm. But yg lain tu takyah cerita lah. Pokoknya bukan sekali dua Berkali-kali. Biasalah org tengah marah dengan kita lagi di balas api, terimalah ahahhahahahaha.

Haritu raya, dia ada minta maaf dekat aku! Aku rasa dia ikhlas kut minta maaf sebab dia menangis. Kami berkawan dari kecik kut gaduh macam mana pun kami sayang dia. Sakit hati, badan lebam merah kami sekejap je. Darah daging mengalir ni selama-lamanya hingga hujung hayat. Dia lah wali kami nnt kalau ayah kami tkde. Tadi gaduh jugak! Pasal ikan goreng, lepastu mak cakap dah lah takyah gaduh. Kami lari masuk bilik awkward. Then dia nak balik kuis, dia cakaplah weh bro, salam! 2 minit jugaklah aku fikir nak salam ke tak ego weh. Kami pun bersalam.

Adik lelaki aku yang terakhir, paat. Dia ni lagi lah nakal plus plus sampai pernah jadi kes polis. Dia ni dari kecik waktu umur 4 tahun dia pernah baling selipar jiran kat atas bukit. Kami duduk kuarters guru, so apa-apa pasti cikgu lain tahu pasal benda ni. Sampai cikgu lain bagi cadangan dkt jiran aku tu pasang cctv. Mak aku malu weh. Yelah, anak nakal macamtu. Bukan sekali je tau dia buat, 3 ke 4 kali. Aku tak tahu sangat cerita ni sebab aku duduk asrama dah, dengar pun dari emak.

Lepastu kebetulan mak aku dapat pindah KL, mak aku minta maaf dekat cikgu tu. Mak aku kira boleh tarik nafas lega sebab dah tak jumpa cikgu tu. Malu yang amat. Lepastu masa umur 6 tahun dia gigit telinga kawan dia sampai luka, cakar muka budak taska dia. Mak aku sekali lagi malu. Hanya mampu minta maaf jelah. Balik bila marah dia, dia apa tahu seronok je lah depan tahu. Budak kan

Bila dia dah masuk tahap 2 perangai dia extra melampau-lampau. Dia mudah tak puas hati dengan orang. Siapa cari pasal dulu kena liku, kena tumbuk kena cacian. Aku rasa dia belajar semua ni dari game. Yelah, family pun tak kawal kan. Biarkan aje. Game ni pun kadang-kadang kena tapis. Ada yang tk sesuai. Masa dia darjah 4, kawan dia pernah cari pasal dengan dia sebab tak puas hati dengan paat, tak tahulah kalau niat nak bergurau ke apa. Dia amik beg paat buang ke tong sampah. Mak aku dah sampai dah waktu tu so dia cari beg dia tak jumpa. Dia macam orang kena rasuk tanya kawan kawan dia mana beg dia lepastu dia jumpa kat dalam tong sampah. Bengang lah budak tu, dia tanya kawan-kawan dia siapa buat lepastu dia tendang tong sampah kat situ kecohlah apa semua macam nak bertumbuk pun ada. Mak aku lah paling risau.

Darjah 5, ni berlaku kat sekolah agama. Kau bayangkan ustazah tu cakap apa, nama je syafaat tapi tak memberi syafaat. Budak kalau dengar macamni dia ofcourse nak defend diri dia. Kau ustazah kut, pendidik. Dah tahu perangai paat tu tak memberi syafaat kau didik dia, tanya dia elok elok janganlah herdik budak tu depan budak kelas lain dia malu. Sebab kena gelak satu kelas. Dia tulis kat papan putih ustazah murtad. Aku pun tak tahu kenapa dia tulis macamtu. Bila tanya dia diam. Lepastu ustazah tu dia nak buat saman malu.

Ayah aku pun gi lah sekolah defend paat. Bagitahu kat ustazah tu kalau buat saman malu dia yang malu lagi sebenarnya. Sebab paat tu budak bawah umur. Bayangkan orang dewasa yang dah ada pengalaman dah boleh fikir panjang dengan budak baru nak up? Siapa je menang. Last sekali ayah aku amik keputusan lepas abis je upkk syafaat takyah dtg sekolah.

Ni berlaku masa dia darjah 6, aku tak tahu apa yang terjadi. Tapi mereka ni bergaduh teruk sampai luka sana. Parents budak tu kira pangkat datuk apa semua orang kaya. Kami ni beshe beshe je mana mampu lawan dorg nak bawa kes ni kepada kes polis. Sebab katanya paat ni dah melampau sangat nakal nanti dah besar makin teruk lah, macam-macam dikatanya adik aku. Tapi nasiblah pengetua sekolah adik aku ni suruh bincang elok-elok, selesaikan elok-elok. Alhamdulillah mereka tarik balik kes tersebut. Thank you!

And now, dia dah 13 tahun. Kami selalu berdoa supaya dia menjadi org yg berguna, anak yang soleh & kawan yang baik. Alhamdulillah, kami nampak perubahan dia dari semasa ke semasa. Tutur kata dah ada perubahan lemah lembut. Kadang dengar cakap kadang tak. Biasalah, baru nak berubah kita kena pandai guna psiko dengan budak budak. Cakap elok-elok.

Kadang-kadang tkleh gak sabar dgn adik adik aku ni. Perangai semuanya baru nak up termasuk akak dia sekali. Sebagai akak ke adik ke abang ke. Jangan sekali-kali kata yang buruk. Doa yang baik-baik, kata yang baik-baik. Sebut nama mereka, panggilan mereka pun biarlah yang baik-baik.

Mari bersama kita berubah ke arah kebaikan. Apabila mereka ingin berubah sokong mereka & bantu mereka, jangan pernah rasa penat untuk terus memberi nasihat. Jangan mudah menilai seseorang itu dari masa lalunya. Baik buruk mereka itu pasti ada hikmah. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.

Jadi, segala apa kisah yang aku cerita ni jadikan pengajaran. Sabar manusia tiada had sesungguhnya Allah beserta dengan orang yang bersabar. Jadi teruskan bersabar, turunkan ego! Jangan jadi seperti syaitan, kerana ego dan rasa hebat syaitan dimurkai dan dikeluarkan dari syurga. Wallahualam!

Along K

Sumber & Kredit: iiumc

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ragam Adik Lelaki

Sekianlah artikel Ragam Adik Lelaki kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ragam Adik Lelaki dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ragam-adik-lelaki.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :