RCI: Tuan Ibrahim Tak Baca Laporan PAC Isu 1MDB

RCI: Tuan Ibrahim Tak Baca Laporan PAC Isu 1MDB - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RCI: Tuan Ibrahim Tak Baca Laporan PAC Isu 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RCI: Tuan Ibrahim Tak Baca Laporan PAC Isu 1MDB
link : RCI: Tuan Ibrahim Tak Baca Laporan PAC Isu 1MDB

Baca juga


RCI: Tuan Ibrahim Tak Baca Laporan PAC Isu 1MDB

GESAAN Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI untuk menyiasat isu 1MDB amat dangkal sekali.

Beliau termasuk beberapa pimpinan Pakatan Harapan lain membangkitkan perkara yang sama kerana tidak memahami fakta dan perkembangan semasa berkaitan isu 1MDB.

Jika Tuan Ibrahim benar-benar mengikuti perkembangan isu 1MDB sejak mula, beliau akan mendapati bahawa kerajaan telah berjaya melaksanakan dua perkara utama dalam menangani isu 1MDB.

Iaitu pertama, menstabilkan semula kedudukan kewangan syarikat dan menurunkan hutang 1MDB secara drastik melalui Pelan Rasionalisasi 1MDB.

Kedua, kerajaan telah membuktikan melalui semakan dan siasatan Jabatan Audit Negara (JAN) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai Ahli Parlimen pembangkang, bahawa dakwaan wang 1MDB lesap, dicuri dan diselewengkan adalah tidak benar sama sekali.

Saya yakin Tuan Ibrahim tidak pernah membaca Laporan PAC setebal 106 muka surat apabila beliau mempersoalkan tentang status rahsia rasmi Laporan Audit berkaitan 1MDB.

Jika pernah membacanya, beliau akan menyedari walaupun Laporan Audit berkaitan 1MDB ini diklasifikasi sebagai rahsia rasmi oleh Ketua Audit Negara sendiri pada Januari 2016, namun dapatan semakan dan kesimpulan oleh JAN ada dimasukkan ke dalam Laporan PAC sebagai rujukan.

Sekiranya rajin, beliau juga boleh membaca hansard prosiding PAC melibatkan pelbagai pihak termasuk Juruaudit Deloitte, KPMG, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB untuk melihat sendiri sama ada prosiding dilaksanakan secara telus atau tidak.

Kesimpulan yang dibuat Tuan Ibrahim bahawa kegagalan penguatkuasa dalam negara membuka ruang kepada pihak luar membuat siasatan adalah sama sekali tidak benar.

Sebaliknya ruang untuk pihak berkuasa asing ini dibuka oleh individu-individu yang membuat laporan palsu dengan tujuan untuk memancing campur tangan pihak asing ini ke dalam konflik politik di dalam negara.

Dan ini disokong sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim mempertikaikan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Appandi Ali kerana tidak membuat pendakwaan ke atas 1MDB selepas menerima laporan siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan soal pemindahan dana ke luar negara.

Hakikatnya, Tuan Ibrahim tidak membaca justifikasi yang dinyatakan oleh Peguam Negara pada 13 Oktober 2015 bahawa pendakwaan tidak dapat dibuat kerana BNM sendiri yang memberi kebenaran kepada 1MDB

Ia berlaku sebanyak tiga kali iaitu pada 29 september 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011, malah BNM sebagai pegawai pengawal tidak menghalang pemindahan terbabit.

Kedangkalan Tuan Ibrahim juga terserlah apabila mempersoalkan kenapa siasatan domestik lebih lambat daripada siasatan di luar negara.

Apa yang tidak difahami oleh Tuan Ibrahim adalah siasatan pihak berkuasa tempatan adalah bagi mendapatkan bukti kesalahan melangkaui keraguan munasabah. Sekiranya terdapat bukti prima facie barulah pendakwaan prosiding jenayah dapat dibuat.

Sedangkan pihak berkuasa Amerika Syarikat seperti Jabatan Kehakiman (DoJ) AS tidak membuat pendakwaan jenayah menggunakan bukti prima facie, sebaliknya hanya memfailkan tuntutan sivil yang bersandarkan aduan awam dan “syak wasangka” berdasarkan “kemungkinan terdapat bukti yang lebih banyak” bahawa sesetengah harta yang ingin dirampas mempunyai kaitan dengan kegiatan jenayah.

Sudah tentu siasatan bagi mencari bukti melangkaui keraguan munasabah akan mengambil masa yang lebih lama berbanding membuat saman sivil yang hanya berdasarkan syak wasangka dan andaian semata-mata.

Tuan Ibrahim sepatutnya sedar bahawa di AS, saman sivil pengambilalihan aset atau pelucutan sivil (civil forfeiture) dikecam oleh rakyat AS sendiri sebagai suatu undang-undang yang zalim.

Ini kerana ia memberi kuasa kepada agensi penguatkuasa AS merampas wang dan harta orang awam tanpa perlu membuat pendakwaan ke atas pemilik harta dan tanpa perlu membuktikan seseorang itu bersalah “melangkaui keraguan munasabah.”

Tidak wajar kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat isu 1MDB semata-mata kerana ada pihak berkuasa asing seperti DoJ memfailkan saman sivil. Lebih-lebih lagi jika ia baru di peringkat fail dan belum dibicarakan di mahkamah.

Memetik kenyataan DoJ sendiri, “aduan melucut hak sivil hanyalah sekadar dakwaan yang menyebut bahawa terdapat wang atau harta yang terlibat atau merupakan hasil dari perlakuan jenayah. Dakwaan-dakwaan ini belum terbukti benar sehingga mahkamah membuat penghakiman yang memihak kepada Amerika Syarikat.”

Tidak ada sebarang sebab untuk menubuhkan RCI semata-mata kerana saman sivil yang belum membuktikan apa-apa lagi. Apatah lagi jika bersandarkan dokumen saman sivil terbaru yang difailkan oleh DoJ ke atas Kumpulan Hotel Viceroy.

Ia dana yang didakwa diselewengkan secara perundangannya tidak dipunyai atau dikawal selia oleh 1MDB, tetapi adalah dana yang dimiliki atau dikawal selia oleh pihak-pihak yang mempunyai perkaitan dan kepentingan dengan syarikat Aabar dan IPIC milik Abu Dhabi.

Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi, penulis merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel RCI: Tuan Ibrahim Tak Baca Laporan PAC Isu 1MDB

Sekianlah artikel RCI: Tuan Ibrahim Tak Baca Laporan PAC Isu 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RCI: Tuan Ibrahim Tak Baca Laporan PAC Isu 1MDB dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/rci-tuan-ibrahim-tak-baca-laporan-pac.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :