link : Melodrama Tun M: Sentimen Epik Yang Gila
Melodrama Tun M: Sentimen Epik Yang Gila
“PROTON, anak kepada buah fikir saya, dan kini saya seolah kehilangan anak”
Syukur, pada 1983 Tun M berjaya lahirkan entiti yang beliau sendiri gelar “anak” pada buah fikirnya.
Tapi kegagalan paling besar Proton dari era Tun M adalah untuk berdikari.
Tun M boleh bangga dengan Proton pada zamannya sebab duit ditabur buat Proton sehingga proton menjadi anak manja lupa daratan seperti Sazali dalam kisah Anakku Sazali karya Allahyarham P. Ramlee.
“Ini semua salah bapak, membesarkan Sazali dengan membabi buta”
Begitulah juga Proton, Tun M bangga dengan Proton, bila gagal sikit, Tun M tabur jutaan ringgit untuk tutup kegagalan.
Bila Proton dilepaskan tanpa ilmu untuk berdikari, melatah ibarat anjing terpanggang ekor. Kerana terlalu manja dengan Tun M. Maklumlah anak kesayangan.
Pernah bangga sebab memiliki Lotus, itu pun semua Tun yang suap. Namun, sebab menjadi anak manja, kelaut juga hala tuju syarikat kerana mengharap terus disuap oleh kerajaan.
Era Proton melenjan duit rakyat kini perlu diakhiri. Proton perlu bergerak dengan kawan baru, belajar dari kesilapan lalu. Tidak hanya menantikan ayah pulang membawa nasi untuk disuapkan. Umur sudah 33 tahun, tidak usah manja seperti anak kecil.
Tun M tidak lihat dunia berubah. Anak kalau umur 33 tahun masih makan disuap ayah maknanya sudah tersalah didik.
Sebab itu anak terus manja dan rosak mindanya. Jadi tidak salah andai anak itu dicerdikan oleh rakan yang lebih bijak.
Siapakah gerangan rakan yang lebih bijak?
Sudah semestinya, Geely yang Tun M sendiri pernah jumpa pada 2014 untuk minta pertolongan.
Geely merupakan syarikat konglomerat China yang berjaya menyelamatkan beberapa jenama kereta dunia seperti Volvo.
Tapi kenapa Tun M buat pusingan ingin menolak Geely pula?
Sehingga main sentimen seolah-olah “anak hilang kena jual”.
Takkan sudah lupa. Tidak apalah, benar kata Tun M “Melayu Mudah Lupa”.
Inilah Dilema Orang Melayu
#laskarmalaya
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Melodrama Tun M: Sentimen Epik Yang Gila
Anda sekarang membaca artikel Melodrama Tun M: Sentimen Epik Yang Gila dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/melodrama-tun-m-sentimen-epik-yang-gila.html