link : Rihanna Bercinta Dengan Bilionair Arab Saudi
Rihanna Bercinta Dengan Bilionair Arab Saudi
Hubungan itu mula dihidu selepas beberapa keping gambar pasangan itu sedang bercuti di sebuah villa mewah di Ibiza, Sepanyol baru-baru ini tersebar.
Rihanna dan Hassan dilihat berkucupan ketika sedang berenang di dalam sebuah kolam mandi.
Hassan merupakan naib presiden kepada sebuah syarikat terbesar dunia milik keluarganya, Abdul Latif Jameel.
Syarikat itu merupakan pengedar tunggal jenama kereta Toyota di negara Timur Tengah.
Hassan sebelum ini pernah bercinta dengan supermodel Naomi Campbell dan dilaporkan hadir bersama di sebuah festival di Hyde Park, London, pada Julai tahun lalu.
Sementelah itu, baik Rihanna mahu pun Naomi, masing-masing sudah tidak mengikuti media sosial Twitter dan Instagram masing-masing.
Sumber memaklumkan Rihanna mula berkenalan dengan Hassan sejak 10 bulan lalu.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Astro Gempak
Demikianlah Artikel Rihanna Bercinta Dengan Bilionair Arab Saudi
Anda sekarang membaca artikel Rihanna Bercinta Dengan Bilionair Arab Saudi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/rihanna-bercinta-dengan-bilionair-arab.html