Sabah Bincang Penempatan Semula Mangsa Kebakaran

Sabah Bincang Penempatan Semula Mangsa Kebakaran - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sabah Bincang Penempatan Semula Mangsa Kebakaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sabah Bincang Penempatan Semula Mangsa Kebakaran
link : Sabah Bincang Penempatan Semula Mangsa Kebakaran

Baca juga


Sabah Bincang Penempatan Semula Mangsa Kebakaran

TAWAU – Kerajaan negeri Sabah akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai kawasan yang bersesuaian bagi penempatan semula mangsa kebakaran di Kampung Hidayat, Batu 4 Jalan Apas di sini Sabtu lalu, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Beliau berkata semua aspek akan diperhalusi selain menyelesaikan isu penempatan secepat mungkin iaitu melalui pilihan cadangan yang difikirkan bersesuaian hasil dalam perbincangan itu kelak.

“Kita datang ke sini untuk membuat penilaian lanjut dan setakat ini difahamkan penempatan sementara untuk mangsa dibuka di Batu 2, Jalan Apas tetapi mangsa memilih untuk berada di sini kerana mereka tinggal dengan sanak-saudara mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mendengar taklimat dan mengadakan lawatan ke lokasi kejadian kebakaran Kampung Hidayat, Batu 4 Jalan Apas hari ini.

Katanya pihaknya juga tidak menolak kemungkinan untuk menempatkan mangsa yang terlibat di kawasan tanah atau lokasi baharu yang difikirkan bersesuaian.

“Nanti akan difikirkan di peringkat jawatankuasa dan kita akan lihat dua atau tiga opsyen sebab secara kasarnya mangsa terlibat adalah warganegara, pemegang IMM13, Sijil Banci Task Force dan Sijil Bancian Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri,” katanya.

Ketika diberi taklimat oleh Pegawai Jabatan Bomba dan Penyemalat Tawau, Jabatan Kebajikan dan Polis mengenai kebakaran itu, sebanyak 261 buah rumah setinggan atas air musnah mengakibatkan 1,960 orang mangsa tinggal sehelai sepinggang yang terdiri daripada 1,141 warganegara dan 819 bukan warganegara.

Sukarti juga di bawa melawat kawasan penempatan sementara di Batu 2 Jalan Apas oleh Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah yang juga Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Alijus Sipil. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sabah Bincang Penempatan Semula Mangsa Kebakaran

Sekianlah artikel Sabah Bincang Penempatan Semula Mangsa Kebakaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sabah Bincang Penempatan Semula Mangsa Kebakaran dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/sabah-bincang-penempatan-semula-mangsa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :