Dibelasah sampai mati kerana disangka penculik kanak-kanak

Dibelasah sampai mati kerana disangka penculik kanak-kanak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dibelasah sampai mati kerana disangka penculik kanak-kanak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dibelasah sampai mati kerana disangka penculik kanak-kanak
link : Dibelasah sampai mati kerana disangka penculik kanak-kanak

Baca juga


Dibelasah sampai mati kerana disangka penculik kanak-kanak

INDIA – Seorang wanita diikat pada traktor dan dibelasah sehingga mati oleh penduduk kampung selepas dia dituduh menculik kanak-kanak, lapor Daily Mail. 

Otera Bibi, 42, yang mengalami masalah mental tinggal bersama ibu bapanya tetapi pada hari kejadian dia keluar dari rumah dan merayau di kampung berhampiran di Bengal barat, India, Selasa lalu. 

Otera kemudian singgah di sebuah pondok kayu milik seorang penduduk kampung, Dilip Ghosh, yang menyangka Otera cuba menculik anak perempuannya berusia 10 tahun, lalu menjerit meminta tolong dari penduduk kampung. 

Penduduk kampung segera datang menangkap Otera sebelum mengikatnya pada traktor dan membelasahnya dengan kayu serta merejamnya dengan batu selama tiga jam.  

Penduduk kemudian menanggal pakaian dan membotakkan kepala serta membelasahnya tanpa belash kasihan, menurut saksi kejadian yang berlaku di kampung Mithipur-Panagarh. 

Difahamkan, Otera cuba menyatakan bahawa dia tidak bersalah, namun penduduk kampung tidak faham dengan apa yang cuba dijelaskannya itu. 

Polis kemudian tiba di lokasi kejadian pada waktu tengah hari dan segera membawa Otera ke hospital. Malangnya Otera meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas dibelasah penduduk kampung berkenaan. 

 

“Penduduk kampung membelasah mangsa selepas dia didakwa cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan penduduk di kampung situ. 

“Siasatan sedang dilakukan dan pihak kami sedang mengesan beberapa individu yang terlibat termasuk mereka yang menyebarkan dakwaan yang tidak benar itu,” kata Ketua Polis Daerah Murshidabad, Superintendan Mukesh. 

Polis telah menahan beberapa penduduk kampung untuk disoal siasat, tetapi sehingga kini belum ada individu yang didakwa menyebabkan kematian mangsa.

 

Penduduk kampung percaya bahawa Otera adalah penculik kanak-kanak kes sebelum ini di mana seorang kanak-kanak dilaporkan hilang dari kawasan kejiranan itu, bulan lalu. 

 

Bagaimanapun, suami Otera berkata, isterinya mengalami masalah mental dan keluarganya tidak begitu risau apabila Otera tidak pulang ke rumah kerana dia kerap merayau keluar dari rumah selama sehari atau dua hari. 

Sumber

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Dibelasah sampai mati kerana disangka penculik kanak-kanak

Sekianlah artikel Dibelasah sampai mati kerana disangka penculik kanak-kanak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dibelasah sampai mati kerana disangka penculik kanak-kanak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/dibelasah-sampai-mati-kerana-disangka_4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :