link : Selepas Rakaman Rogol Tersebar, Dua Pelajar Ditahan Dipercayai Perkosa Rakan Sekelas Di Belakang Sekolah
Selepas Rakaman Rogol Tersebar, Dua Pelajar Ditahan Dipercayai Perkosa Rakan Sekelas Di Belakang Sekolah
Memetik laporan Utusan Online, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, kedua-dua suspek terbabit telah ditahan selepas pihak polis mendapat laporan daripada pelajar perempuan berkenaan yang dikatakan telah melaporkan tentang kejadian tersebut kepada polis semalam selepas menyedari gambarnya semasa kejadian telah tersebar.
Menurutnya, ketika kejadian pada kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa bersama dua rakan sekelasnya itu berada di sekolah untuk projek keceriaan kelas apabila salah seorang suspek memperdayanya untuk masuk ke sebuah pondok kayu di belakang sekolah atas alasan untuk melakukan perbincangan.Setelah sampai ke tempat kejadian tersebut mangsa dikatakan telah dipaksa oleh suspek untuk masuk ke dalam pondok tersebut dengan cara menarik tangan mangsa.
Apabila mangsa masuk ke dalam pondok berkenaan salah seorang suspek dikatakan mengunci pintu dan memberi amaran kepada mangsa supaya jangan memberitahu perkara itu kepada sesiapa termasuk guru sekolah. Setelah itu mangsa kemudiannya dipaksa melakukan hubungan seks dengan kedua-duanya dengan tanpa kerelaan mangsa.
A. Sahak turut menambah, mangsa dipercayai terpaksa merahsiakan tentang kejadian itu selama ini kerana bimbang akan keselamatan dirinya selepas menerima ancaman daripada suspek sebelum ini.
Kedua-dua suspek kini direman sehingga 13 Julai depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimun 30 tahun jika sabit kesalahan.
Demikianlah Artikel Selepas Rakaman Rogol Tersebar, Dua Pelajar Ditahan Dipercayai Perkosa Rakan Sekelas Di Belakang Sekolah
Anda sekarang membaca artikel Selepas Rakaman Rogol Tersebar, Dua Pelajar Ditahan Dipercayai Perkosa Rakan Sekelas Di Belakang Sekolah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/selepas-rakaman-rogol-tersebar-dua.html