link : Sering berahsia dengan keluarga, gadis cabut lari ikut lelaki Indonesia
Sering berahsia dengan keluarga, gadis cabut lari ikut lelaki Indonesia
Kehilangan Norazira Sani, 17 tahun disedari oleh ibunya, Leha Jali pada Rabu lalu kira-kira pukul 10 malam selepas bilik anak ketiga daripada lima beradik itu didapati kosong.
Leha berkata, anaknya itu dilihat berubah sikap sejak sebulan lalu apabila kerap bermain telefon bimbit dan suka berahsia.
Katanya, pada waktu petang sebelum kejadian, anaknya itu dilihat sentiasa keresahan.“Perangai dia pelik, asyik berjalan sana-sini. Dia nampak resah tapi tak bagi tahu masalah.
“Saya ingat dia ikut kawan lelaki dia, orang Indonesia,” kata Leha.
Tambah Leha, mereka belum membuat laporan polis, namun masih berusaha mengesan anaknya dengan bantuan penduduk kampung di sekitar Tanah Tinggi Lojing, Cameron Highlands dan Ipoh, Perak.
Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Norazira diminta menghubungi ahli keluarganya di talian 010-9053878.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Sering berahsia dengan keluarga, gadis cabut lari ikut lelaki Indonesia
Anda sekarang membaca artikel Sering berahsia dengan keluarga, gadis cabut lari ikut lelaki Indonesia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/sering-berahsia-dengan-keluarga-gadis.html