S’gor Perlu Buktikan Dahulu Pendidikan Percuma Unisel

S’gor Perlu Buktikan Dahulu Pendidikan Percuma Unisel - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul S’gor Perlu Buktikan Dahulu Pendidikan Percuma Unisel, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : S’gor Perlu Buktikan Dahulu Pendidikan Percuma Unisel
link : S’gor Perlu Buktikan Dahulu Pendidikan Percuma Unisel

Baca juga


S’gor Perlu Buktikan Dahulu Pendidikan Percuma Unisel

SHAH ALAM – Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekiranya kerajaan Selangor benar-benar serius ingin melaksanakan pendidikan percuma, perkara itu sepatutnya dilaksanakan terlebih dahulu di universiti seliaan mereka seperti Universiti Selangor (Unisel).

Beliau berkata kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) itu sepatutnya memberikan gambaran awal kepada rakyat bahawa usaha melaksanakan pendidikan percuma di negeri itu mampu dilakukan di Unisel.

“Kalau nak beri yuran pengajian tinggi secara percuma, buat dulu di Unisel… tiap-tiap semester tak payah bayar,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Shah Alam, di sini hari ini.

Mahdzir mengulas kenyataan Exco Selangor yang bertanggungjawab ke atas hal-ehwal pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, bahawa manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang diiktiraf oleh sayap belia kesemua empat parti komponen HARAPAN antara lain, berikrar memperkenalkan pendidikan percuma kepada kanak-kanak di peringkat pra-sekolah sehingga pendidikan tinggi di universiti awam.

Selain Unisel, kerjaan Selangor turut menyelia Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Negeri Selangor (Inpens).

Mahdzir, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) telahpun melaksanakan pendidikan percuma sejak dulu lagi  malahan kini tiada lagi yuran peperiksaan kebangsaan di sekolah kerajaan.

Di samping itu, kerajaan juga mengagihkan buku teks secara percuma di sekolah-sekolah seluruh negara selain menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah.

Katanya, kerajaan membelanjakan RM42 bilion setahun bagi tujuan pendidikan percuma selain penyelenggaraan bagi sekolah kebangsaan, vernakular, agama dan membantu pelajar Orang Asli.- BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel S’gor Perlu Buktikan Dahulu Pendidikan Percuma Unisel

Sekianlah artikel S’gor Perlu Buktikan Dahulu Pendidikan Percuma Unisel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel S’gor Perlu Buktikan Dahulu Pendidikan Percuma Unisel dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/sgor-perlu-buktikan-dahulu-pendidikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :