‘Siti Nurhaliza’ kini jadi pembaca berita RTM?

‘Siti Nurhaliza’ kini jadi pembaca berita RTM? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Siti Nurhaliza’ kini jadi pembaca berita RTM?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Siti Nurhaliza’ kini jadi pembaca berita RTM?
link : ‘Siti Nurhaliza’ kini jadi pembaca berita RTM?

Baca juga


‘Siti Nurhaliza’ kini jadi pembaca berita RTM?

SITI NURHALIZA beralih ke bidang baru iaitu menjadi penyampai berita televisyen.

Jangan terkejut pula, ‘Siti Nurhaliza’ yang dimaksudkan itu ialah Normazalina Mohd Nor, 33, penyampai berita Nasional 8 di TV1 terbitan RTM.

Ramai yang mengatakan wajah mereka banyak persamaan dan Normazalina mula menjadi perhatian apabila gambarnya sedang membaca berita pukul 8 malam menjadi tular di laman sosial sejak Sabtu lalu.

Normazalina atau lebih selesa dipanggil Lina berkata, dia terkejut apabila menerima komen dan reaksi netizen yang menegur wajahnya seakan-akan penyanyi tersohor itu.

“Terkejut dan tidak sangka pula apabila ada kawan-kawan memberitahu tentang perkara ini menjadi viral dan komen tentang wajah seiras dengan Siti Nurhaliza.

“Pada saya tidaklah sama, mungkin teknik solekan sahaja, maklumlah, jurusolek selalu ada sahaja idea untuk solek saya seperti wajah siapa. Jadi semalam mereka kata nak buat seperti wajah Tok Ti, itu yang nampak seiras,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Normazalina, perkara itu menjadi tular selepas wajahnya menjadi perhatian peminat-peminat penyanyi lagu Segala Perasaan itu.

Bagaimanapun dia tidak pernah berpeluang bertemu penyanyi berkenaan secara dekat.

“Perkara ini pada awalnya daripada peminat-peminat Siti Nurhaliza yang menganggap kami seiras. Selalunya selepas saya baca berita.

“Sehingga kini saya memang ada hajat nak jumpa Siti tapi tidak berpeluang lagi walaupun beliau selalu sahaja datang ke RTM,” ujarnya.

Sementara itu, Normazalina berkata, dia memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2009 dan diberi peluang membaca berita pada 2010.

Kemudian, dia berhenti bekerja di agensi media tersebut untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 2013.

“Biarpun sudah berhenti sebagai wartawan penyiaran, namun saya masih lagi membaca berita secara sambilan di RTM pada hujung minggu,” ujarnya.
Sumber: Mstar

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel ‘Siti Nurhaliza’ kini jadi pembaca berita RTM?

Sekianlah artikel ‘Siti Nurhaliza’ kini jadi pembaca berita RTM? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Siti Nurhaliza’ kini jadi pembaca berita RTM? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/siti-nurhaliza-kini-jadi-pembaca-berita.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :