Tak bagi duit di Felda, anak tetak bapa sendiri sampai mati dengan parang

Tak bagi duit di Felda, anak tetak bapa sendiri sampai mati dengan parang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak bagi duit di Felda, anak tetak bapa sendiri sampai mati dengan parang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak bagi duit di Felda, anak tetak bapa sendiri sampai mati dengan parang
link : Tak bagi duit di Felda, anak tetak bapa sendiri sampai mati dengan parang

Baca juga


Tak bagi duit di Felda, anak tetak bapa sendiri sampai mati dengan parang

LELAKI warga emas maut dipercayai dikelar oleh anak lelakinya yang tidak puas hati mangsa tidak memberi wang di FELDA Lui Timur, Jempol, malam tadi.

Mayat mangsa, S Valaytham, 73, yang juga peneroka ditemui terbaring di ruang tamu rumah dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan anak lelakinya berusia 45 tahun.

“Suspek dikatakan mengambil parang mengelar leher mangsa. Kejadian disedari jiran yang terdengar bunyi bising lalu ke rumah mangsa dan terkejut melihat keadaan mangsa berlumuran darah.

“Jiran terbabit segera menghubungi polis. Anggota yang tiba di lokasi kemudian menghubungi ambulans dan mangsa disahkan meninggal dunia. Polis turut menemui parang disyaki digunakan suspek di atas lantai rumah berkenaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat.

Beliau berkata, usaha memburu suspek sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tak bagi duit di Felda, anak tetak bapa sendiri sampai mati dengan parang

Sekianlah artikel Tak bagi duit di Felda, anak tetak bapa sendiri sampai mati dengan parang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak bagi duit di Felda, anak tetak bapa sendiri sampai mati dengan parang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tak-bagi-duit-di-felda-anak-tetak-bapa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :