link : Tiada pergeseran antara Presiden PAS dan timbalannya - Ahmad Yakob
Tiada pergeseran antara Presiden PAS dan timbalannya - Ahmad Yakob
Ahmad berkata mungkin berlaku perbezaan pendapat antara mereka bagi sesuatu perkara namun ia tidak melibatkan hal yang berkaitan dengan dasar parti tersebut.
"Saya ada dalam apa jua perjumpaan parti, mesyuarat dan sebagainya, tidak ada pergeseran, cuma berlaku hanyalah berlainan pendapat sahaja disebabkan oleh satu perkara tetapi bukan melibatkan dasar parti," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata dakwaan itu sengaja diwujudkan oleh musuh politik PAS untuk mengaburi masyarakat kerana pihak terbabit akan melakukan bermacam-macam cara untuk memecahbelahkan PAS.Sementara itu, mengenai penasihat DAP Lim Kit Siang yang mencadangkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan menguasai Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Ahmad berkata rakyat akan menentukan parti yang layak untuk memerintah Kelantan.
"Mungkin itu cara mereka (pembangkang) untuk mencipta isu bagi menaikan semangat pemimpin mereka bagi menghadapi PRU14," katanya.
Beliau berkata PAS tidak mengambil peduli kenyataan seumpama itu kerana parti itu mempunyai dasar sendiri dan rakyat sudah memahami dasar yang diperjuangkan oleh PAS.
-- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Tiada pergeseran antara Presiden PAS dan timbalannya - Ahmad Yakob
Anda sekarang membaca artikel Tiada pergeseran antara Presiden PAS dan timbalannya - Ahmad Yakob dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tiada-pergeseran-antara-presiden-pas.html