Amalkan Cara Ini Untuk Kekal Berpuasa Sepanjang Hari Buat Mereka Yang Sakit Gastrik

Amalkan Cara Ini Untuk Kekal Berpuasa Sepanjang Hari Buat Mereka Yang Sakit Gastrik - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amalkan Cara Ini Untuk Kekal Berpuasa Sepanjang Hari Buat Mereka Yang Sakit Gastrik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amalkan Cara Ini Untuk Kekal Berpuasa Sepanjang Hari Buat Mereka Yang Sakit Gastrik
link : Amalkan Cara Ini Untuk Kekal Berpuasa Sepanjang Hari Buat Mereka Yang Sakit Gastrik

Baca juga


Amalkan Cara Ini Untuk Kekal Berpuasa Sepanjang Hari Buat Mereka Yang Sakit Gastrik

Foto: yahoonewssingapore
Bila bercakap soal berpuasa, sudah pasti ramai yang mula mengaitkan dengan sakit yang memungkinkan mereka untuk tidak meneruskan puasa, yang mana tidak berpuasa.

Sekiranya, ia memang betul, tidak salah untuk, tidak berpuasa dalam menjaga kesihatan diri, tetapi, kalau buat-buat sakit dengan alasan tidak mahu berpuasa, ia bukanlah tindakan bijak sebagai seorang muslim.

Mungkin setelah mengetahui kita mempunyai sakit, seperti gastrik, apa salahnya sebelum puasa kita sudah mula melatih diri untuk menahan lapar, atau mencari makanan yang bersesuaian untuk diambil agar terus kekal bertenaga sepanjang hari.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, sakit dating bila-bila masa, tapi, mungkin dengan sedikit perkongsian dari saudara Musa Nuwayri ini, dapat memberi peluang buat mereka yang mempunyai sakit gastrik dapat berpuasa seperti mereka yang lain juga.

Mari kita ikuti perkongsin darinya.

Foto: thehealthsite
Kawan aku ada gastrik yang teruk. Malah sebelum puasa ini sahaja dia kerap ulang alik ke hospital untuk mengambil suntikan Bascopan dan sebagainya. Namun, jika kau nak tahu, masa puasa, dia ok. sepanjang dia hidup, kata dia, dia tak kena serangan gastrik yang teruk. Relaks-relaks masih boleh berpuasa dengan baik.
Apa yang dia buat ialah:

1. Jamah kurma dahulu
Semasa berbuka, dia mula dengan menjamah buah kurma dengan air masak. Ini untuk beri perutnya menerima makanan yang lembut-lembut sahaja dulu. Kurma itu, kau kena dapatkan yang paling lembut sekali. Macam jenama Rotab.

2. Lepas beberapa suap nasi, baru ambil sedikit sambal

Kemudian, dia pastikan dia makan nasi dengan lauk yang tanpa pedas dan masam. Selepas beberapa suap, baru dia ambil sambal yang dia suka. Itu pun dengan jumlah yang sedikit.

3. Tidak terlalu kenyang

Dia pastikan untuk tidak memakan dengan load yang banyak semasa berbuka. Sekadar sudah rasa selesa, dia berhenti. Kadang-kadang dengan terlalu kenyang juga akan menyebabkan perutnya sakit.

4. Minum susu kultur selepas tarawih

Selepas tarawih, dia akan dapatkan minuman susu kultur seperti Yakult dan Vitagen. Ini untuk beri bakteria baik masih ada di dalam perut, bimbang-bimbang jika ada rembesan acid, akan menyebabkan dia cirit-birit. Juga beliau ambil buah-buahan yang manis seperti tembikai, mangga dan betik.

5. Sebelum tidur minum secawan air

Kemudian, lebih kurang ½ jam sebelum tidur, beliau akan meminum secawan air. Ini untuk memberikan perutnya masih dalam mood selesa dan berehat semasa tidur.

6. Sahur nasi, milo, & oat

Semasa sahur, beliau akan pastikan makan nasi. Yang penting sekali ialah isteri beliau akan memastikan beliau meminum secawan milo panas sebelum imsak. Dan di dalam milo itu punya 1-2 sudu oat untuk menampung perutnya semasa berpuasa.

7. Elak dari awal menjamah makanan yang tidak boleh

Setakat beberapa tahun berkahwin, beliau masih ok semasa berpuasa. Asasnya ialah memilih makanan yang betul untuk berbuka, moreh dan bersahur. Dan banyak-banyak berdoa supaya dapat berpuasa dengan baik sekali. 
Jika kalian sudah tahu yang kalian ada sakit tersebut, maka elakkan terus dari awal untuk menjamahnya. Janji dapat beribadah, kan?

8. Elak stress

Elakkan stress. Biasanya, apabila stress juga akan menyebabkan gastrik menyerang. Oleh itu, nak tenangkan diri, banyak-banyak ambik wuduk dan terus sahaja mengaji Quran. Pasti berjaya!

Semoga kalian dapat manfaat dari perkongsian ini ya. Selamat mencuba dan teruskan berpuasa.

- Siakap Keli

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Amalkan Cara Ini Untuk Kekal Berpuasa Sepanjang Hari Buat Mereka Yang Sakit Gastrik

Sekianlah artikel Amalkan Cara Ini Untuk Kekal Berpuasa Sepanjang Hari Buat Mereka Yang Sakit Gastrik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amalkan Cara Ini Untuk Kekal Berpuasa Sepanjang Hari Buat Mereka Yang Sakit Gastrik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/amalkan-cara-ini-untuk-kekal-berpuasa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :