link : T.O.P. Dikecam Pakai Mekap Hadiri Perbicaraan
T.O.P. Dikecam Pakai Mekap Hadiri Perbicaraan
Tular penyanyi T.O.P. dikritik hebat gara-gara menghadiri perbicaraan kes penyalahgunaan dadah melibatkannya dengan memakai mekap yang tebal.
Peminat nampaknya tidak hairan dengan permohonan maaf dibuat T.O.P secara terbuka selepas perbicaraan sebaliknya lebih berminat dengan penampilan penyanyi kumpulan Big Bang itu.
Advertisement
Ramai berpendapat pemilik nama sebenar Choi Seung Hyun itu terlalu bergaya walaupun tuduhan yang dikenakan ke atasnya berat.
Bukan sahaja solekan dikenakan T.O.P. menjadi perhatian malah sut hitam jenama mewah dan gaya rambutnya yang kemas menjadi pertikaian peminat.
“Dalam kekecohan ini dia masih sempat mengenakan pembayang mata dan apa yang difikirkannya untuk memakai solekan?
“Lihat matanya yang ada pembayang mata, adakah T.O.P. hendak pergi menjalani penggambaran,” tulis netizen.
Terdahulu, T.O.P mengaku salah terhadap semua pertuduhan menyalahgunakan dadah jenis marijuana dan diletakkan dibawah pemerhatian pihak berkuasa selama dua tahun.
T.O.P turut bertemu dengan media untuk mengakui kesalahannya selepas prosiding selesai.Sekiranya dia gagal mematuhi perintah itu, dia akan dikenakan hukuman penjara selama 10 bulan.
The post T.O.P. Dikecam Pakai Mekap Hadiri Perbicaraan appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel T.O.P. Dikecam Pakai Mekap Hadiri Perbicaraan
Anda sekarang membaca artikel T.O.P. Dikecam Pakai Mekap Hadiri Perbicaraan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/top-dikecam-pakai-mekap-hadiri.html