Tukang jahit warga Indonesia didakwa sokong Daish

Tukang jahit warga Indonesia didakwa sokong Daish - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tukang jahit warga Indonesia didakwa sokong Daish, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tukang jahit warga Indonesia didakwa sokong Daish
link : Tukang jahit warga Indonesia didakwa sokong Daish

Baca juga


Tukang jahit warga Indonesia didakwa sokong Daish

SLIM RIVER: Seorang tukang jahit warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Slim River hari ini atas tiga pertuduhan iaitu menggalakkan keahlian, menyokong ideologi dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.

Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Rino Kaswara Kasmar, 34, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Tertuduh didakwa dengan dakwaan mempunyai pengetahuan dan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daish dengan menggunakan aplikasi media sosial Telegram ‘Ansharulkhilaafah Filibiin-Indonesia’ yang diwujudkan olehnya di Medan Niaga, Jalan Pasar, Pekan Slim River pada 2 Mei.

Dia didakwa mengikut seksyen 130j(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniatkan untuk melakukan kesalahan itu.

Untuk pertuduhan kedua, dia didakwa menggalakkan keahlian dalam kumpulan pengganas Mujaideen Indonesia Timur (MIT) dan kumpulan Daish melalui aplikasi Telegram atas nama Rijal Mujahideen Minangkabau di lokasi yang sama di antara 2 Mei hingga 12 Jun lalu.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 130G (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun serta boleh dikenakan denda.

Bagi pertuduhan ketiga dia didakwa memiliki telefon bimbit mengandungi unsur-unsur berkaitan kumpulan pengganas Daish di Bazar Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), Pekan Slim River 12 Jun lalu dan dituduh mengikut seksyen 130JB (1)(a) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana bahan berkenaan.

Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syalia Ain Zainuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Intan Nurul Farena menetapkan 7 Ogos ini untuk sebutan semula kes sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tukang jahit warga Indonesia didakwa sokong Daish

Sekianlah artikel Tukang jahit warga Indonesia didakwa sokong Daish kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tukang jahit warga Indonesia didakwa sokong Daish dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tukang-jahit-warga-indonesia-didakwa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :