link : Ziyad Zolkefli Lakar Satu Lagi Rekod Dunia
Ziyad Zolkefli Lakar Satu Lagi Rekod Dunia
KUALA LUMPUR – Atlet para Malaysia, Muhamad Ziyad Zolkefli memecah satu lagi rekod dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London pada Sabtu.
Pada acara yang berlangsung di Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park, Muhammad Ziyad melakukan lontaran 17.29 meter (m), memperbaharui rekod dunia miliknya yang dilakukan pada temasya Sukan Paralimpik di Rio tahun lepas iaitu 16.48m.
Pingat perak diraih oleh atlet dari Ecuador, Stalin David Mosquera dengan jarak 16.61m manakala pemenang pingat emas Paralimpik 2012 Tod Hodgetts dari Australia membawa pulang gangsa dengan lontaran 15.94m.
“Saya datang ke sini untuk membawa pulang sesuatu kepada negara saya. Ini adalah rekod dunia kedua saya dan saya sangat bangga. Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk pencapaian ini. Saya bangun pagi ini (Sabtu) dan berfikir mungkin saya dapat memecahkan rekod dunia.
“Saya selalu impikan untuk melakukannya dan malam ini saya berjaya. Rekod dunia, juara Paralimpik dan kini juara dunia – ia sangat bagus.
“Saya benar-benar tertekan apabila melihat jarak lontaran yang dibuat atlet Australia tetapi saya tahu ia tidak begitu jauh. Saya tahu ia salah. Saya sangat beremosi tetapi jurulatih menenangkan saya. Ini mengganggu saya tetapi sekarang saya sangat gembira memenangi acara ini,” kata Muhamad Ziyad seperti dipetik dalam laman web rasmi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC). – BERNAMA
Ziyad Zolkefli Pecah Rekod Dunia di #London2017
Selamat pagi. Atlet lontar peluru kategori F20, Ziyad Zolkefli, sekali lagi memecah rekod dunia — kali ini di #London2017 dengan lontaran sejauh 17.29m! 😮Dan yang paling dahsyat, itu baru lontaran pertamanya! SHARE video ini, beritahu semua kita ada jaguh dunia. 🙌 #KamiTeamMalaysia📹: World Para Athletics
Posted by Team Malaysia on 15hb Julai 2017
Loading...
Demikianlah Artikel Ziyad Zolkefli Lakar Satu Lagi Rekod Dunia
Anda sekarang membaca artikel Ziyad Zolkefli Lakar Satu Lagi Rekod Dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ziyad-zolkefli-lakar-satu-lagi-rekod.html