M’sia-Thai Tingkat Usaha Perangi Penyeludupan Dadah

M’sia-Thai Tingkat Usaha Perangi Penyeludupan Dadah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul M’sia-Thai Tingkat Usaha Perangi Penyeludupan Dadah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : M’sia-Thai Tingkat Usaha Perangi Penyeludupan Dadah
link : M’sia-Thai Tingkat Usaha Perangi Penyeludupan Dadah

Baca juga


M’sia-Thai Tingkat Usaha Perangi Penyeludupan Dadah

BANGKOK – Langkah mempertingkat usaha memerangi aktiviti penyeludpan dadah akan menjadi agenda utama dalam mesyuarat tahunan dua hala antara pihak berkuasa Thailand dan Malaysia minggu depan.

Bandaraya Chiangrai di utara Thailand yang terletak di pinggir kawasan ‘Segitiga Emas’ sengaja dipilih untuk menjadi tuan rumah mesyuarat itu bermula daripada 11 hingga 14 Julai.

“Kami mengadakan mesyuarat di Chiangrai kerana kami mahu menunjukkan kepada rakan sejawatan kami dari Malaysia mengenai landskap penyeludupan dadah di Segitiga Emas dan laluan penyeludupannya agar mereka dapat melihat sendiri apa wajah sebenar Segitiga Emas,” kata Ketua Pegawai Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB), Sirinya Sitdichai kepada Bernama.

Kawasan Segitiga Emas merangkumi utara Myanmar dan Laos yang terkenal sebagai wilayah pengeluaran dadah utama dunia sejak berdekad lalu.

Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNODC) menganggarkan candu terus dihasilkan pada peringkat tinggi di Segitiga Emas di Laos dan utara Myanmar yang mempunyai ladang seluas 60,000 hektar yang mengeluarkan 20 peratus bekalan global.

Segitiga Emas turut semakin menjadi kilang terbesar dunia bagi penghasilan dadah sintetik.

Menurut Sirinya yang akan mengetuai delegasi Thailand ke mesyuarat itu, Malaysia akan diketuai Pengarah Jabatan Narkotik Bukit Aman, Datuk Mokhtar Mohd Sharif.

Malaysia menjadi tuan rumah mesyuarat dua hala itu tahun lalu.

“Kami akan berbincang (di Chiangrai) masalah penyeludupan dadah selain kerjasama dalam perkongsian risikan,” katanya dan menambah mesyuarat itu akan turut dihadiri Biro Penindasan Narkotik Thailand (NSB) dan pihak polis sempadan selatan.

Malaysia dan Thailand akan meneroka segala bentuk kerjasama bagi memerangi masalah dadah antara kedua-dua negara, kata Sirinya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel M’sia-Thai Tingkat Usaha Perangi Penyeludupan Dadah

Sekianlah artikel M’sia-Thai Tingkat Usaha Perangi Penyeludupan Dadah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel M’sia-Thai Tingkat Usaha Perangi Penyeludupan Dadah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/msia-thai-tingkat-usaha-perangi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :