AirAsia sasar bawa 1.5 juta penumpang Malaysia ke Indonesia pada akhir tahun

AirAsia sasar bawa 1.5 juta penumpang Malaysia ke Indonesia pada akhir tahun - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AirAsia sasar bawa 1.5 juta penumpang Malaysia ke Indonesia pada akhir tahun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AirAsia sasar bawa 1.5 juta penumpang Malaysia ke Indonesia pada akhir tahun
link : AirAsia sasar bawa 1.5 juta penumpang Malaysia ke Indonesia pada akhir tahun

Baca juga


AirAsia sasar bawa 1.5 juta penumpang Malaysia ke Indonesia pada akhir tahun

SHAH ALAM: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, optimis untuk mencapai sasaran membawa 1.5 juta penumpang Malaysia ke Indonesia pada akhir tahun, bersempena dengan kempen  'Wonderful Indonesia' Indonesia Tourism.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar, berkata sasaran itu dapat dicapai dan sasaran muatan penumpang yang baharu akan diperbaharui secara tahunan dengan Indonesia Tourism.

"Pada 2016, kami membawa lebih empat juta penumpang antara kedua-dua negara yang menyumbang dengan ketara bagi ketibaan jumlah pelancong pada tahun lepas dan ini hanya sebahagian kecil daripada potensi yang lebih besar yang boleh kita capai," katanya kepada pemberita di luar majlis menandatangani perjanjian kerjasama dengan Kementerian Pelancongan Indonesia di sini pada Selasa.

Beliau berkata kerjasama tersebut akan menyaksikan kedua-dua pihak menumpukan kepada aktiviti pemasaran, pengiklanan jenama, promosi dan program lain termasuk penjenamaan digital, cetak, radio, dalam penerbangan, pameran pelancongan dan lain-lain.

Syarikat penerbangan itu melakukan penerbangan lebih 350 kali seminggu ke 15 bandar Indonesia seperti Banda Aceh, Bandung, Bali, Jakarta, Lombok, Medan, Pekanbaru, Palembang, Padang, Pontianak, Semarang, Solo, Surabaya, Makassar dan Yogyakarta.

Baru-baru ini, ia meningkatkan kekerapan ke beberapa laluan di Indonesia dan turut melancarkan penerbangan terus dari Kuching ke Pontianak untuk memenuhi permintaan perjalanan yang meningkat daripada kedua-dua negara.

AirAsia, kini menawarkan tambang promosi ke Indonesia yang boleh ditempah mulai hari ini hingga 6 Ogos, 2017, bagi tarikh perjalanan segera hingga 25 Feb, 2018.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel AirAsia sasar bawa 1.5 juta penumpang Malaysia ke Indonesia pada akhir tahun

Sekianlah artikel AirAsia sasar bawa 1.5 juta penumpang Malaysia ke Indonesia pada akhir tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AirAsia sasar bawa 1.5 juta penumpang Malaysia ke Indonesia pada akhir tahun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/airasia-sasar-bawa-15-juta-penumpang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :