AKTIVIS DAKWA RCI AKAN DEDAH PENYELEWENGAN DANA TABUNG MEMALI

AKTIVIS DAKWA RCI AKAN DEDAH PENYELEWENGAN DANA TABUNG MEMALI - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AKTIVIS DAKWA RCI AKAN DEDAH PENYELEWENGAN DANA TABUNG MEMALI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AKTIVIS DAKWA RCI AKAN DEDAH PENYELEWENGAN DANA TABUNG MEMALI
link : AKTIVIS DAKWA RCI AKAN DEDAH PENYELEWENGAN DANA TABUNG MEMALI

Baca juga


AKTIVIS DAKWA RCI AKAN DEDAH PENYELEWENGAN DANA TABUNG MEMALI

Bekas ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail berpandangan keputusan menubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji tragedi Memali hanya akan memakan diri parti tersebut termasuk bekas pemimpin yang kini telah menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Zainon, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Non dan C.N. Afghani, berkata Pas bakal berdepan masalah kerana siasatan RCI itu turut akan mendedahkan penyelewengan jutaan ringgit dana tabung pengurusan tabung tragedi berkenaan.

Katanya lagi, beliau sendiri telah membuat laporan polis berkenaan penyelewengan dana Tabung Memali pada tahun 2000, selepas 15 tahun peristiwa berdarah itu terjadi bagi menegakkan keadilan untuk mangsa dan keluarga tragedi berkenaan.

“Laporan polis yang saya buat khusus memetik nama individu.

“Tabung Memali ini saya yang uruskan, sebab itu saya tahu maklumat ini secara terperinci.

“Saya tahu sebab yang merekodkan setiap derma dari orang awam.

“Dalam laporan polis itu, saya nyatakan lebih sejuta ringgit penyelewengan wang dilakukan di antara tahun 1986 hingga hingga awal tahun 2000,” katanya seperti dipetik melalui sebuah portal berita.

Zainon yang dipecat dari Pas pada 2001 kerana mendedahkan penyelewengan Tabung Memali mendakwa bekas timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu, yang kini mengetuai Amanah mengetahui mengenai masalah tersebut.

“Dia janji untuk selesaikan kes ini. Dia sudah tahu ada wang diseleweng dalam Tabung Memali.

“Setelah saya buat laporan polis pada tahun 2000 terhadap individu berkenaan, Mat Sabu pula kuat menentang saya bahkan burukkan saya dalam ceramahnya di seluruh negara,” kata Zainon.

Semalam, Mohamad atau Mat Sabu berkata bahawa dana daripada Tabung Memali itu sudah diagihkan kepada mangsa, sekaligus cuba menafikan wujud penyelewengan seperti didakwa Zainon selama ini.

Tabung Memali ditubuhkan pada 1986 bagi membantu keluarga mangsa tragedi berkenaan termasuk yang kebanyakannya terdiri daripada ahli Pas.

Sumbangan Tabung itu dikumpul melalui empat pihak iaitu melalui akhbar rasmi Pas, Harakah; Pejabat PAS Pusat; Pejabat Perhubungan PAS Kedah dan Madrasah Islahiah Diniah di Kampung Memali.


Demikianlah Artikel AKTIVIS DAKWA RCI AKAN DEDAH PENYELEWENGAN DANA TABUNG MEMALI

Sekianlah artikel AKTIVIS DAKWA RCI AKAN DEDAH PENYELEWENGAN DANA TABUNG MEMALI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AKTIVIS DAKWA RCI AKAN DEDAH PENYELEWENGAN DANA TABUNG MEMALI dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/aktivis-dakwa-rci-akan-dedah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :