KERAJAAN MASIH TANGGUNG RAWATAN PENJAWAT AWAM, PESARA DI IJN

KERAJAAN MASIH TANGGUNG RAWATAN PENJAWAT AWAM, PESARA DI IJN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KERAJAAN MASIH TANGGUNG RAWATAN PENJAWAT AWAM, PESARA DI IJN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KERAJAAN MASIH TANGGUNG RAWATAN PENJAWAT AWAM, PESARA DI IJN
link : KERAJAAN MASIH TANGGUNG RAWATAN PENJAWAT AWAM, PESARA DI IJN

Baca juga


KERAJAAN MASIH TANGGUNG RAWATAN PENJAWAT AWAM, PESARA DI IJN

Kerajaan masih menanggung kemudahan perubatan pesakit pegawai kerajaan, pesara Persekutuan serta pesakit kurang mampu yang mendapatkan rawatan di Insitut Jantung Negara (IJN).

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min berkata bagi pegawai Persekutuan, kerajaan turut menanggung kemudahan perubatan untuk keluarganya sama ada suami/isteri, anak berumur bawah 18 tahun atau sekiranya masih belajar di bawah umur 21 tahun serta ibu bapa yang sah.

“Golongan itu perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam beberapa peraturan yang berkuat kuasa sebelum kos rawatan mereka ditanggung Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Satu daripada syarat yang ditetapkan sebelum mendapat rawatan di IJN adalah pegawai dan pesara kerajaan Persekutuan perlu mendapat rujukan dari pakar perubatan umum, pakar kardiologi dari hospital atau klinik kerajaan atau swasta.

“Bagi pesakit yang kurang mampu, mereka perlu mendapat rujukan dari pakar perubatan umum, pakar kardiologi dari hospital atau klinik kerajaan sahaja,” katanya.
Dr Chen berkata demikian ketika mengulas maklumat yang tular di media sosial kononnya kerajaan Persekutuan tidak lagi menanggung kemudahan perubatan penjawat awam di IJN.

Beliau berkata kerajaan sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat dengan kerajaan membelanjakan RM435.65 juta untuk membiayai kos rawatan pesakit tanggungan kerajaan di IJN pada tahun lepas. – BERNAMA


Demikianlah Artikel KERAJAAN MASIH TANGGUNG RAWATAN PENJAWAT AWAM, PESARA DI IJN

Sekianlah artikel KERAJAAN MASIH TANGGUNG RAWATAN PENJAWAT AWAM, PESARA DI IJN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KERAJAAN MASIH TANGGUNG RAWATAN PENJAWAT AWAM, PESARA DI IJN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/kerajaan-masih-tanggung-rawatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :