link : Anak Lelaki Osama Impi Jadi ‘Wira’ Macam Bapanya
Anak Lelaki Osama Impi Jadi ‘Wira’ Macam Bapanya
ANAK lelaki bekas pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda, Hamza Laden baru-baru ini menyiarkan sebuah video yang mana dia berkongsi impian dan cita-citanya mahu menjadi sehebat Allahyaraham bapanya.
Hamza sebelum ini menerbitkan dua video yang mengandungi pesanan suara memperlihatkan dia memuji pengebom berani mati dan terbaharu dia menuduh pengasas Al-Qaeda, Abdul-Aziz Rahman Al Saud merupakan agen perisikan British.
Hamza, 28, sebelum ini juga pernah menyiarkan video menyampaikan propaganda al-Qaeda yang ingin melakukan serangan terhadap kota-kota besar dunia seperti London, Washington dan Paris.
Awal tahun ini nama Hamza telah disenarai hitam oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat dan namanya dilabel di bawah kategori pengganas.
Seorang agen Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Ali Soufan sebelum ini pernah mendedahkan Hamza menggunakan cara kepimpinan seperti bapanya yang merupakan idola buat anak muda tersebut.
Hamza turut dikatakan antara muka-muka baharu yang bakal mengepalai kepimpinan al-Qaeda di masa hadapan memandangkan dia sudah mengetahui selok-belok aktiviti kumpulan pengganas itu sejak dari kecil lagi seperti mana yang didedahkan oleh bapanya sebelum ini.
Osama meninggal dunia pada 2 Mei 2011 di Abbottabad, Pakistan selepas ditembak oleh tentera Amerika di bahagian kepala dan dada dalam satu operasi serbuan. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Anak Lelaki Osama Impi Jadi ‘Wira’ Macam Bapanya
Anda sekarang membaca artikel Anak Lelaki Osama Impi Jadi ‘Wira’ Macam Bapanya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/anak-lelaki-osama-impi-jadi-wira-macam.html