DAP double standard pertahankan Exco, campur urusan SPRM

DAP double standard pertahankan Exco, campur urusan SPRM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP double standard pertahankan Exco, campur urusan SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP double standard pertahankan Exco, campur urusan SPRM
link : DAP double standard pertahankan Exco, campur urusan SPRM

Baca juga


DAP double standard pertahankan Exco, campur urusan SPRM

UMNO adalah sebuah parti berstruktur, berbeza dengan DAP yang pemilihannya masih belum disahkan meskipun parti itu telah lama wujud di negara ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata demikian ketika berucap sambil menegaskan yang DAP cakap tak serupa bikin.

“Cakap pandai berdegar sana sini, ekor bergelumang dengan tahi, pemilihan DAP pun belum boleh disahkan. Itu DAP.

“Kita beza sebab parti kita ada struktur, ada perlembagaan, kita akur dengan peraturan yang tertera dalam perlembagaan,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Ahad.

Terdahulu, Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengarahkan pari itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Biro Guaman Kebangsaan DAO Gobind Singh Deo menerusi laman Twitter dan Facebook rasminya.

Katanya, DAP sudah menerima pemberitahuan rasmi berhubung keputusan daripada RoS melalui surat.

Susulan daripada itu, terdapat bantahan daripada DAP mengenai isu tersebut yang dikatakan enggan membuat pemilihan semula CEC.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata segala keputusan yang dibuat dalam UMNO adalah secara konsensus kerana walaupun UMNO merupakan parti terbesar, namun semua pandangan akan diambil kira meskipun dari pihak bawahan.

“Walaupun UMNO yang terbesar, SUPP yang terkecil, tapi kita tak buat macam DAP yang banyak kerusinya di Selangor kini, tapi PKR sahaja di depan, tak dengar suara dari pimpinan lain.

“Jangan kita dibodohkan macam itu sekali,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan turut menyifatkan DAP double standard apabila bertindak mempertahan exco kerajaan negeri di Pulau Pinang yang baru-baru ini diserbu dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ini masalah DAP, kita di UMNO akur dengan undang-undang, kalau nak diambil tindakan dalam keadaan belum diputuskan salah atau tak salah diambil kaedah dengan 1 agensi, kita takkan masuk campur.

“Walaupun kita Kerajaan Persekutuan tapi negara kita ada perundangan, DAP double standard,” tegasnya.

Terdahulu, Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh bersama dua beranak yang juga pengarah dan pengurus sebuah kilang haram di Sungai Lembu, direman selama lima hari.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Pulau Pinang, Ameera Mastura Khamis, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Bagaimanapun, peguam bela Boon Poh, Ram Karpal Singh dan RSN Rayer serta peguam bela pengarah dan pengurus kilang terbabit, Dev Kumaraendran, memohon perintah itu dibatalkan dan dibacakan semula di hadapan Majistret.


Demikianlah Artikel DAP double standard pertahankan Exco, campur urusan SPRM

Sekianlah artikel DAP double standard pertahankan Exco, campur urusan SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP double standard pertahankan Exco, campur urusan SPRM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/dap-double-standard-pertahankan-exco.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :